Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Albirex Niigata Persahabatan Kelab 2023

Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Albirex Niigata Persahabatan Kelab 2023

Selain daripada skuad kebangsaan menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa dalam FIFA Day ini, salah satu kelab tempatan juga mengadakan perlawanan persahabatan antara kelab iaitu Johor Darul Ta'zim FC dan Albirex Niigata Singapore FC.

Friendly Match ini bakal berlangsung pada 17 Jun 2023, bersamaan pada hari Sabtu dengan waktu sepak mula pada pukul 6.00 petang yang akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor. JDT sebagai tuan rumah.

Albirex Niigata Singapore FC merupakan sebuah kelab bola sepak profesional pada asalnya adalah daripada Jepun. Tetapi sejak tahun 2004 lagi, mereka sudah menyertai liga Singapura iaitu Singapore Premier League.

Untuk rekod, sejak menyertai S. League, Albirex Niigata Singapore FC yang juga digelar sebagai White Swans ini telah memenangi gelaran juara liga sebanyak 5 kali iaitu pada 2016, 2017, 2018, 2020 dan pada musim lalu, tahun 2022.

Dalam tempoh itu juga, mereka pernah juara dengan tanpa kekalahan. Selain itu, mereka juga pernah memenangi Singapore Cup, Singapore League Cup dan Community Shield masing-masing sebanyak 4 kali.

Albirex Niigata dan JDT masing-masing telah menjuarai liga masing-masing pada musim lalu. Albirex Niigata dengan title sebanyak 5 kali, manakala JDT dengan title kejuaraan sebanyak 9 kali. Pasukan manakah agaknya lebih padu dalam pertembungan ini?

Setakat ini, kedua-dua pasukan ini masih belum bertemu antara satu sama lain. Kali terakhir adalah pertemuan dengan JDT II pada tahun 2017 dimana berkesudahan dengan kemenangan keatas Albirex Niigata dengan jaringan 3-1.

Walaupun kali ini melibatkan pasukan utama JDT, tetapi ramai antara pemain utamanya yang terlibat dengan skuad Harimau Malaya. Mungkin perlawanan ini, kita tidak dapat lihat kelibat pemain utama, tetapi diberi peluang untuk pemain simpanan beraksi.

Tiket Masuk Ke Stadium Secara Percuma

Perlawanan persahabatan antarabangsa antara kelab JDT dan Albirex Niigata Singapore akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim dan berita baik untuk semua peminat dan penyokong dimana kemasukan adalah secara percuma. Tidak perlu dapatkan apa-apa tiket untuk menonton perlawanan ini.

Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Albirex Niigata Persahabatan Kelab 2023

Pihak pengurusan juga mengumumkan untuk semua pemegang Pas Bermusim JDT 2023 akan ditempatkan di kawasan Grandstand, manakala mereka yang tidak memiliki pas bermusim boleh masuk melalui Pintu C.

Bukan itu sahaja, akan juga disediakan perkhidmatan bas shuttle secara percuma bermula dari Hutan Bandar MBIP, Taman Mutiara Rini, terus ke Stadium Sultan Ibrahim pada hari perlawanan. Jadi anda boleh meletakkan kenderaan di kawasan tersebut. Boleh rujuk Maps Ini.

Siaran Langsung JDT vs Albirex Niigata Perlawanan Persahabatan Antarabangsa 2023

Untuk semua peminat bola sepak khususnya penyokong JDT, tiada tayangan secara langsung yang akan dibawakan ke kaca tv sama ada menerusi saluran Astro, RTM mahupun TV9.

Jika ada sekali pun, mungkin JDT akan bawakan secara live streaming menerusi saluran youtube rasmi di JDTTV pada hari perlawanan tersebut. Walaubagaimanapun, setakat ini tiada pengumuman rasmi yang dibuat.

Jadual & Keputusan Perlawanan Persahabatan Antarabangsa 2023 JDT vs Albirex Niigata.

Jangan terlepas untuk saksiakn friendly match antara Johor Darul Ta'zim FC vs Albirex Niigata Singapore FC yang akan berlangsung pada 17 Jun ini, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Ibrahim.

Keputusan akan dikemaskini selepas tamat perlawanan 90 minit pada petang tersebut.

17 Jun 2023 (Sabtu)

FT : JDT (5) - (1) Albirexx Niigata

  • Diogo 18'
  • Fernando Forestieri 27'
  • Nazmi Faiz 53'
  • Seia Kunori 63'
  • Bergson da Silva 64'
  • Aysar Hadi 67'

Masa : 6.00 Petang
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : Tiada
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Albirex Niigata Persahabatan Kelab 2023"