Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Selangor Piala FA 2023 Separuh Akhir

Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Selangor Piala FA 2023 Separuh Akhir

Satu lagi perlawanan yang akan berlangsung untuk saingan Piala FA 2023 Separuh Akhir adalah pertemuan antara Johor Darul Ta'zim FC dan Selangor FC yang mana ianya akan berlangsung pada 26 Jun 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri.

Ini pastinya perlawanan tumpuan untuk aksi separuh akhir termasuk untuk minggu ini dimana mempertemukan antara dua pasukan yang berada di puncak liga iaitu JDT dan tempat kedua adalah untuk pasukan Selangor.

JDT sebagai penyandang juara, sepertinya tidak mempunyai sebarang masalah ketika bermain dalam aksi pusingan suku akhir sebelum ini ketika bertemu Penang. Mereka melayan kunjungan Penang dengan baik tetapi tidak membenarkan mereka pulang dengan sebarang gol pun.

Dalam perlawanan tersebut, JDT masih bermain seperti JDT dimana telah menjaringkan sebanyak lima gol tanpa balas. Dengan keputusan itu juga, terus menyaksikan JDT masih belum tewas dalam semua perlawanan termasuk Piala FA dan juga dalam liga utama.

Walaubagaimanapun, Selangor juga tidak kurang hebatnya. Walaupun bermain di tempat lawan di Paroi ketika menentang Negeri Sembilan, mereka mampu memberikan saingat yang hebat sehingga berjaya menumbangkan pasukan tuan rumah.

Mereka berjaya mara ke semi final apabila menjaringkan sehingga tiga gol berbalas satu ketika bertemu dengan Negeri Sembilan ketika itu. Walaupun bermain di hadapan penyokong lawan yang ramai, Selangor tetap dapat memberikan persembahan yang baik.

Pertemuan antara JDT dan Selangor ini merupakan kali yang kedua dalam musim 2023. Kali terakhir mereka bertemu adalah dalam saingan Liga Super dan ketika itu bermain di Petaling Jaya. Dalam pertembungan tersebut, JDT berjaya merobek kubu Selangor dengan jaringan 4 gol tanpa balas.

Pemenang untuk perlawanan ini akan bertemu KL City dalam aksi final Piala FA 2023 apabila semalam sudah ada satu pasukan yang telah berjaya mara ke pusingan akhir. Adakah JDT atau Selangor yang akan bertemu KL City nanti? Nantikan kesudahannya.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Untuk saingan kali ini, pihak pengurusan JDT telah menetapkan dimana tiket masuk untuk penyokong pelawat ditetapkan sebanyak 1000 keping. Jadi akan lebih ramai penyokong Selangor boleh untuk datang ke stadium bagi menyaksikan perlawanan ini di Johor.

Selain itu, turut disediakan perkhidmatan bas shuttle percuma bermula dari Hutan Bandar MBIP, Tamatn Mutiara Rini ke Stadium Sultan Ibrahim pada hari perlawanan

Jadi jangan tunggu lagu dan dapatkan segera tiket masuk yang kini sudah mula dijual. Anda boleh beli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my. Tiada tiket fizikal dijual pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Piala FA 2023 Separuh Akhir JDT vs Selangor

Untuk mereka yang tidak sempat atau tidak berkesempatan untuk datang ke stadium bagi menyaksikan perlawanan ini, jangan risau, anda masih boleh tonton di kaca tv dimana ianya akan dibawakan secara langsung menerusi saluran RTM dan Astro.

Untuk pengguna Astro, anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 dan Astro Arena Bola 803. Selain itu, anda juga boleh tonton secara online di Astro Go secara percuma untuk pelanggan pek sukan Astro.

Untuk yang tiada Astro, jangan risau! Ini kerana anda masih boleh saksikan perlawanan ini iaitu menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Kalau nak tonton secara digital online, boleh pergi ke rtmklik.rtm.gov.my atau download aplikasi RTM Klik.

Takda tv pun masih boleh tonton perlawanan ini iaitu secara live streaming. Boleh menggunakan sama ada platform web atau aplikasi Sooka. Sebab ada disediakan di RTM, jadi anda tak perlu kepada apa-apa langganan. Boleh tontons secara percuma.

Jadual Dan Keputusan JDT vs Selangor Piala FA 2023 Separuh Akhir

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Johor Darul Ta'zim FC vs Selangor FC untuk aksi Piala FA 2023 pusingan Separuh Akhir yang mana ianya akan berlangsung pada 26 Jun ini, hari Isnin dengan waktu sepak mula pada pukul 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Ismail.

Kejohanan ini menggunakan format kalah mati dan tiada perlawanan timbal balik. Jika tiada pemenang dalam tempoh perlawanan sebenar, akan diheret ke masa tambahan atau sehingga ke penentuan sepakan penalti. Keputusan akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan.

26 Jun 2023 (Isnin)

FT : JDT (4) - (0) Selangor

  • Arif Aiman 20', 33', 38'
  • Fernando Forestieri 47'

*JDT berjaya mara ke final Piala FA 2023 bertemu KL City

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : Astro Arena 801, Arena Bola 803, TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post