Perlawanan pembukaan minggu ketiga belas aksi Liga Super 2023 ada dua dan salah satu daripadanya adalah pertemua antara Kedah Darul Aman FC dan Sabah FC iaitu bakal berlangsung pada 2 Jun 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Darul Aman di Ipoh.
Ini merupakan minggu terakhir untuk pusingan pertama bagi saingan Liga Super 2023. Selepas ini, kesemua pasukan akan menghadapi pusingan kedua dimana mereka akan bertemu sekali lagi sehinggalah saingan liga berakhir pada Disember.
Kedah yang kini berada di tangga kelima sudah mengumpul 22 mata dimana pasukan tersebut telah meraih tujuh kali kemenangan dengan 1 kali seri beserta empat kali kekalahan. Mereka berpeluang untuk memperbaiki kedudukan jika berjaya menewaskan pasukan lawan.
Manakala Sabah yang kini berada satu tangga atas daripada Kedah iaitu di tempat keempat sudah mengumpul 24 mata dengan meraih juga tujuh kemenangan, tiga seri dan tiga kali kekalahan.Mereka juga mampu memperbiki kedudukan liga sekiranya menang keatas Kedah.
Kedua-dua pasukan pastinya mengidamkan kemenangan dalam perlawanan ini. Sabah ingin meneruskan rentak kemenangan yang diperoleh daripada perlawanan sebelumnya. Manakala Kedah ingin kembalikan semula tiga mata yang diperoleh seperti perlawanan sebelum mereka tewas pada minggu lalu.
Jika dilihat daripada prestasi semasa, Sabah mempunyai kelebihan. Dengan kemenangan liga sebelum ini, pastinya momentum tersebut akan dibawa ke perlawanan ini. Ditambah pula Kedah tewas pada sebelumnya, dimana sedikit sebanyak semangat mereka merudum.
Walaupun begitu, perlawanan ini mampu berpihak kepada pasukan Kedah selaku tuan rumah sekiranya penyokong-penyokong datang beramai-ramai untuk memberikan semangat dan sorakan kepada pemain yang beraksi di atas padang. Mungkin ada kemenangan untuk mereka kali ini?
Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium
Jadi jangan lupa untuk datang ke stadium pada jumaat terutamanya bagi pasukan tuan rumah. Sorakan anda pastinya ditagih oleh pemain-pemain yang beraksi pada malam tersebut untuk bermain dengan baik sekali gus meraih tiga mata penting.
Oleh itu, anda boleh dapatkan tiket masuk yang kini sudah mula dijual. Boleh beli sama ada secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau dapatkan tiket fizikal yang dijual di kaunter di perkarangan stadium pada hari perlawanan.
Siaran Langsung Liga Super 2023 Kedah vs Sabah
Untuk yang berada di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini yang dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go untuk pelanggan pek sukan Astro.
Selain itu, anda juga boleh menyaksikan perlawanan ini secara live streaming iaitu menerusi platform web di sooka.my atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pek Liga Malaysia 2023 dengan harga bermula RM7.90 untuk pas 1 perlawanan atau pas bulanan dengan harga RM28.90.
Jadual Dan Keputusan Kedah vs Sabah Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual pertemuan antara Kedah Darul Aman FC vs Sabah FC untuk aksi Liga Super 2023 LS13 yang mana ianya akan berlangsung pada 2 Jun ini, hari Jumaat bertempat di Stadium Darul Aman.
Keputusan perlawanan pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas habis perlawanan pada malam tersebut. Akan dipaparkan bilangan jaringan gol beserta senarai penjaring yang telibat untuk kedua-dua pasukan.
2 Jun 2023 (Jumaat)
FT : Kedah (2) - (1) Sabah
- Gabriel Peres 8'
- Lee Tuck 40', 72'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Aman
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2
Post a Comment