Siaran Langsung Live Streaming Kelantan United vs Sabah Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Kelantan United vs Sabah Liga Super 2023

Aksi Liga Super 2023 diteruskan lagi dan masih lagi dalam minggu kelima belas dan perlawanan yang bakal berlangsung adalah pertemuan antara Kelantan United FC vs Sabah FC iaitu pada 26 Jun 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.

Minggu ini, selain daripada aksi Liga Super, dalam masa yang sama juga akan berlangsung perlawanan Piala FA 2023 untuk pusingan separuh akhir. Jadi pasukan yang terlibat, akan bermain di Piala FA terlebih dahulu dan kemudian akan kembali untuk aksi liga pada Julai depan.

Pertemuan Kelantan United dan Sabah ini merupakan aksi Liga Super dan ianya merupakan pertemuan ketiga untuk kedua-dua pasukan. Pada aksi pertama, mereka bertemua dalam saingan liga untuk pusingan pertama dengan berkesudahan 3-1 yang mana ketika itu bermain di Sabah.

Kemudian untuk aksi kedua, mereka bertemu sekali lagi untuk Piala FA di pusingan 16 terbaik dan juga bermain di Sabah. Dalam perlawanan itu, Kelantan United sekali lagi tewas kepada Sabah dengan jaringan 2 gol kosong.

Untuk rekod, Kelantan United kini berada di tangga kedua tercorot dengan hanya berjaya mengumpul 6 mata daripada 14 perlawanan. Dalam 5 perlawanan akhir, mereka hanya berjaya menang sekali dan seri sekali sahaja dan selebihnya tewas kepada pasukan lawan.

Manakala Sabah yang berada di tangga kelima carta liga telah berjaya mengumpul sebanyak 24 mata daripada jumlah perlawanan yang sama. Akan tetapi mereka kini sudah tewas dua kali berturut-turut dalam aksi terakhir mereka.

Adakah Kelantan United akan mengambil kesempatan ini untuk terus menambah duka Sabah, lebih-lebih lagi mereka akan bermain di halaman sendiri? Atau mungkin Sabah tidak mahu terus dihantui dengan kekalahan kali ketiga selepas ini?

Masing-masing perlukan mata maksimum bagi memperbaiki kedudukan liga, disamping untuk menambah moral pasukan untuk terus berjuang dalam saingan Liga Super yang kini menjadi semakin sengit hingga ke penghujung.

Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Kelantan United vs Sabah

Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS15 antara Kelantan United FC vs Sabah FC yang akan berlangsung pada 26 Jun ini, hari Isnin bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Perlawanan ini akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau secara online di Astro Go. Selain itu, anda juga boleh live streaming di platform web atau aplikasi Sooka dengan hanya melanggan Pek Liga Malaysia 2023.

26 Jun 2023 (Isnin)

FT : Kelantan United (0) - (3) Sabah

  • Saddil Ramdani 23'
  • Stuart Wilkin 45+1'
  • Baddrol Bakhtiar 62'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post