Siaran Langsung Live Streaming Kelantan vs Sri Pahang Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Kelantan vs Sri Pahang Liga Super 2023

Aksi Liga Super 2023 kini bersambung semula untuk minggu kelimat belas selepas berehat untuk Fifa Day sebelum ini dan antara perlawanan yang bakal berlangsung adalah pertemuan Kelantan FC vs Sri Pahang FC iaitu pada 23 Jun 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.

Untuk minggu kali ini, tempoh minggu agak panjang. Ini kerana dalam masa yang sama akan juga berlangsung saingan Piala FA untuk pusingan separuh akhir yang melibatkan 4 pasukan. Jadi pasukan-pasukan tersebut akan bermain Liga Super pula selepas tamat perlawanan.

Jadi untuk hari awal ini, selain daripada Kelantan dan Sri Pahang, akan juga berlangsung pertembungan antara Perak FC dan PDRM FC yang juga diadakan pada 23 Jun ini yang mana mereka akan bermain di Stadium Perak.

Pada pusingan pertama yang lalu, Kelantan sudah pun bertemu Sri Pahang iaitu pada bulan Februari. Perlawanan tersebut ternyata berpihak kepada pasukan tuan rumah ketika itu, Sri Pahang apabila berjaya merobek gawang Kelantan dengan jaringan 4-1.

Kali ini, giliran Kelantan pula untuk menerima kunjungan Sri Pahang di Kota Bharu. Selain daripada semangat baru untuk pusinga kedua, Kelantan kini sudah mendapatkan Ketua Jurulatih yang baru iaitu Alfredo Vera.

Untuk rekod, Kelantan kini berada di tangga tercorot liga dengan hanya berjaya mengumpul 4 mata daripada empat belas perlawanan setakat ini. Manakala, Sri Pahang memiliki 28 mata dengan dalam jumlah perlawanan yang sama iaitu di tempat keempat liga.

Adakah Kelantan mampu untuk memberikan sesuatu dalam perlawanan kali ini? Ditambah pula mereka akan bermain di halaman sendiri. Peminat dan penyokong pastinya inginkan keputusan yang baik terutamanya selepas beberapa Ketua Jurulatih diguna pakai sebelum ini.

Jadi untuk kedua-dua penyokong terutamanya penyokong tuan rumah, Kelantan dan yang berdekatan, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi menyaksikan perlawanan ini nanti.

Anda kini sudah boleh dapatkan tiket sama ada boleh beli secara online atau dapatkan tiket fizikal yang dijual dikaunter perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Kelantan vs Sri Pahang

Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS15 antara Kelantan FC vs Sri Pahang FC yang akan berlangsung pada 23 Jun ini, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Perlawanan ini akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Selain itu, boleh juga live streaming di platform web atau aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan Pek Liga Malaysia 2023.

23 Jun 2023 (Jumaat)

FT : Kelantan (0) - (5) Sri Pahang

  • Sergio Aguero 7'
  • Fadhli Shas 48', 61'
  • Kpah Sherman 58', 86'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post