Antara perlawanan lain yang berlangsung untuk minggu kelima belas dalam saingan Liga Super 2023 adalah pertemuan antara Negeri Sembilan FC vs Penang FC yang mana ianya akan berlangsung pada 26 Jun 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.
Jika pada Jumaat yang lepas, telah berlangsung dua perlawanan iaitu antara Kelantan dan Sri Pahang serta Perak bertemu PDRM. Untuk kali ini juga, terdapat dua perlawanan yang berlangsung. Selain pertembungan ini, akan juga berlangsung Kelantan United bertemu Sabah.
Pada pusingan pertama yang lalu, kedua-dua pasukan ini telah bertemu dalam saingan Liga Super iaitu pada pusingan pertama. Ketika itu, Penang menjadi tuan rumah dengan berkesudahan tanpa sebarang jaringan selama tempoh 90 minit permainan.
Kali ini, giliran Negeri Sembilan pula untuk menjadi pasukan tuan rumah dan melayan kunjungan Penang. Pastinya masing-masing telah mengetahui apakah yang perlu dilakukan bagi mengambil peluang kali kedua ini untuk mencatatkan kemenangan.
Untuk rekod, Negeri Sembilan kini telah mengumpul sebanyak 18 mata daripada 14 perlawanan. Dengan jumlah mata yang diperoleh, mereka kini berada di tangga ke-9 iaitu satu satu anak tangga kehadapan berbanding pasukan Penang.
Untuk Penang yang kini berada di tangga ke-10 pula, mereka sudah mengumpul sebanyak 15 mata dengan jumlah perlawanan yang sama. Kedua-dua pasukan ini juga tidak meraih sebarang kemenangan dalam 3 perlawanan terakhir.
Jadi pertembungan pada Isnin ini pastinya penting untuk kedua-dua pasukan. Masing-masing perlukan mata maksimum bagi menjarakkan kedudukan antara satu sama lain, disamping memperbaiki kedudukan ke arah yang lebih baik.
Perlawanan ini pastinya akan memberi sedikit kelebihan kepada pasukan tuan rumah. Ditambah pula dengan kehadiran penyokong setia yang akan memberikan sorakan kepada pasukan selama tempoh permainan berlangsung.
Jadi untuk penyokong skuad Jang Hobin, jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara online. Selain itu, anda juga boleh dapatkan tiket fizikal yang dijual di kaunter di perkarangan stadium pada hari perlawanan.
Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Negeri Sembilan vs Penang
Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS15 antara Negeri Sembilan FC vs Penang FC yang akan berlangsung pada 26 Jun ini, hari Isnin bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman.
Perlawanan ini turut dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 3 807 atau secara online di Astro Go. Selain itu, anda juga boleh live streaming di platform web atau aplikasi Sooka dengan hanya melanggan Pek Liga Malaysia 2023.
26 Jun 2023 (Isnin)
FT : Negeri Sembilan (1) - (1) Penang
- Giovane Gomes 49'
- Tommy Mawat 88'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman
Tayangan : Arena Bola 3 807
Live Streaming : Link 1 | Link 2
Post a Comment