Siaran Langsung Live Streaming PDRM vs Selangor Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming PDRM vs Selangor Liga Super 2023

Antara perlawanan yang berlangsung untuk hari kedua, minggu ketiga belas Liga Super 2023 adalah pertemuan antara PDRM FC dan Selangor FC dimana ianya akan berlangsung pada 3 Jun 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Kedua-dua pasukan ini menggunakan stadium yang sama untuk saingan musim kali ini iaitu di MBPJ. Ini kali pertama mereka bertemu untuk musim ini. Mungkin pertembungan ini boleh digelar dengan 'Derby Stadium'.

PDRM bermula pada awal saingan liga dengan prestasi terbaik. Akan tetapi lama kelamaan magis yang ditunjukkan sebelum itu sepertinya mula pudar. Dalam lima perlawanan terakhir, mereka tewas empat daripada lima perlawanan. Hanya menang sekali sahaja pada minggu lalu.

Disebabkan keputusan tersebutlah, kini mereka berada di tangga kesepuluh dengan berjaya mengumpul 13 mata. Bukanlah yang terburuk, tetapi kedudukan ini mampu diubah sekiranya mereka menang dalam perlawanan ini.

Tetapi Selangor pastinya tidak akan memberikan saingan yang mudah. Manakan tidak, Selangor semakin bermain baik dan menjadi antara pengikut rapat pendahulu liga ketika ini. Mereka kini berada di tangga kedua dengan 28 mata.

Ditambah pula, dalam lima perlawanan tersebut, mereka hanya tewas sekali sahaja dan menang perlawanan selebihnya. Lebih menarik, kesemuanya mereka menjaringkan gol lebih dariapda tiga gol dalam satu-satu perlawanan.

Jika PDRM sangkakan mereka berkelebihan kerana bermain di halaman sendiri, itu tidak boleh diterima. Ini kerana stadium itu juga menjadi homeground Selangor. Mereka juga lebih faham tentang keadaan padang dan ditambah pula penyokong yang hadir pastinya lebih untuk pasukan Selangor.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi kepada penyokong kedua-dua pasukan, datang beramai-ramai ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda. Dapatkan tiket masuk yang kini boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau beli tiket fizikal yang dijual di kaunter di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 PDRM vs Selangor

Yang tidak dapatkan hadir ke stadium, jangan risau. Anda boleh saksikan perlawanan ini yang akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Untuk yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh saksikan perlawanan ini secara live streaming menerusi platform web di sooka.my. Hanya perlu langgan Pek Liga Super 2023 dengan harga bermula RM7.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan PDRM vs Selangor Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara PDRM FC vs Selangor FC untuk aksi Liga Super 2023 LS13 yang mana ianya akan berlangsung pada 3 Jun ini, hari Sabtu bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Selepas habis atau tamat perlawanan pada malam tersebut, akan dikemaskini segala keputusan iaitu berkaitan dengan bilangan jaringan gol beserta senarai penjaring yang terlibat untuk kedua-dua pasukan.

3 Jun 2023 (Sabtu)

FT : PDRM (1) - (0) Selangor

  • Bruno Suzuki 61'

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium MBPJ
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post