Siaran Langsung Live Streaming Perak vs PDRM Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Perak vs PDRM Liga Super 2023

Selesai aksi skuad Harimau Malaya dan kini tumpuan teralih semula untuk saingan Liga Super 2023 yang kini sudah memasuki minggu kelimat belas dan antara pertemuan yang berlangsung adalah Perak FC vs PDRM FC iaitu pada 23 Jun 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Perak di Ipoh.

Untuk pemain yang tidak di panggil untuk skuad kebangsaan sebelum ini pastinya teruja untuk kembali bermain untuk aksi bola sepak. Manakala yang dipanggil, juga tidak mahu menurunkan momentum permain untuk kelab mereka masing-masing.

Setakat musim 2023, kedua-dua pasukan ini hanya pernah bertemu sekali sahaja iaitu juga dalam aksi Liga Super iaitu pada pusingan pertama dimana ketika itu berlangsung dalam bulan Februari untuk minggu kedua.

Ternyata ketika itu, kedua-dua pasukan sama handal dan sama hebat apabila bertembung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dimana ianya berakhir dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan.

Ini merupakan pertemuan kali kedua. Adakah akan ada pasukan yang akhirnya berjaya memecahkan telur jaringan sekali gus meraih mata maksimum atau sekadar berkongsi mata sama seperti perlawanan sebelum ini?

Untuk rekod, Perak kini berada di tangga kesebelas dengan hanya mengumpul 9 mata sahaja daripada 14 perlawanan. Dalam perlawanan terakhir juga, mereka telah tewas empat kali berturut-turut dan kali terakhir menang adalah pada bulan April yang lalu.

Manakala PDRM sudah mengumpul 19 mata daripada jumlah perlawanan yang sama. Jika melihat daripada tiga perlawanan terakhir mereka, surprisingly mereka memenang kesemuanya walaupun bertemu pasukan gergasi seperti Sabah dan Selangor.

Perlawanan ini seperti susah diduga, pasukan manakah yang akan meraih 3 mata. Jika mengikut prestasi semasa dan kedudukan carta, pastinya berpihak kepada PDRM. Tetapi Perak bakal menjadi tuan rumah dan pastinya ada juga kelebihan untuk pasukan tersebut.

Jadi untuk penyokong-penyokong Perak sebagai tuan rumah, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan anda. Tiket kini sudah boleh beli sama ada secara online atau dapatkan tiket fizikal yang dijual diperkarangan stadium pada hari perlawanan.

Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Perak vs PDRM

Perlawanan ini akan dibawakan secara langsung menerusi saluran RTM di TV2 dan Sukan RTM atau boleh juga tonton secara online di RTM Klik. Selain itu, boleh juga live streaming di aplikasi Sooka tanpa perlu apa-apa langganan.

Jadi jangan terlepas untuk meyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS15 antara Perak FC vs PDRM FC yang akan berlangsung pada 23 Jun ini, hari Jumaat bertempat di Stadium Perak.

23 Jun 2023 (Jumaat)

FT : Perak (1) - (2) PDRM

  • Uche Agba 50'
  • Nabil Latpi 56'
  • James Okwuosa 73' (OG)

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Perak
Tayangan : TV2 dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post