Siaran Langsung Live Streaming Perak vs Terengganu Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Perak vs Terengganu Liga Super 2023

Hari kedua minggu ketiga belas Liga Super 2023 diteruskan lagi dengan melibatkan tiga pasukan dan salah satunya adalah pertemuan antara Perak FC dan Terengganu FC dimana ianya bakal berlangsung pada 3 Jun 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Perak di Ipoh.

Ini merupakan perlawanan pertam bagi ketua jurulatih yang baru untuk pasukan Perak iaitu Yusri Che Lah. Adakah beliau berjaya membawa semula Perak beraksi cemerlang sekali gus memenangi perlawanan ini nanti?

Setakat ini Perak sudah meraih dua kali kemenangan, tujuh kali tewas dan tiga kali seri. Dengan itu, mereka kini berada di tangga kesebelas dengan 9 mata yang diperoleh. Jika dilihat dalam keadaan semasa, walaupun menang, mereka tidak mampu untuk memperbaiki kedudukan.

Manakala untuk Terengganu, kini mereka sudah menang sebanyak lima kali, lima kali kekalahan dengan dua kali meraih keputusan seri. Dengan itu, mereka sudah mengumpul 17 mata daripada dua belas perlawanan dan kini berada di tangga ketujuh.

Jika Terengganu mampu untuk memenangi perlawanan ini, mereka juga mampu untuk memperbaiki kedudukan mengatasi KL City yang kini berada di tangga keenam. Itu pun sekiranya pasukan tersebut tidak berjaya peroleh mata maksimum.

Untuk lima perlawanan terakhir, Perak hanya mampu menang sekali sahaja dan telah tewas sebanyak tiga kali dan seri sekali. Manakala untuk Terengganu, mereka telah menang dan tewas sebanyak dua kali serta seri sekali.

Kalau dilihat daripada prestasi semasa, ianya pasti berkelebihan untuk pasukan Terengganu. Tetapi perlawanan ini Perak yang menjadi tuan rumah. Mereka akan bermain di hadapan penyokong sendiri, dimana sedikit sebanyak akan memberi kelebihan kepada paasukan Perak.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi kepada penyokong tuan rumah, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan anda. Dapatkan tiket yang kini sudah boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau dapatkan tiket fizikal yang dijual dikaunter perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Perak vs Terengganu

Untuk yang menonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini menerusi saluran RTM iaitu di TV Okey dan Sukan RTM. Manakala untuk tontonan online secara digital boleh pergi ke portal rasmi rtmklik.rtm.gov.my.

Selain itu, boleh juga live streaming menggunakan platform web di sooka.my atau aplikasi Sooka. Tidak perlu kepada apa-apa langganan dan anda boleh tonton secara percuma.

Jadual Dan Keputusan Perak vs Terengganu Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Perak FC vs Terengganu FC untuk aksi Liga Super 2023 LS13 yang mana ianya akan berlangsung pada 3 Jun ini, hari Sabtu bertempat di Stadium Perak.

Keputusan perlawanan pula akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada petang tersebut. Akan dipaparkan bilangan jaringan gol beserta senarai penjaring yang terlibat dalam untuk kedua-dua pasukan.

3 Jun 2023 (Sabtu)

FT : Perak (0) - (3) Terengganu

  • Adisak Kraisom 6'
  • Sony Norde 16'
  • Jordan Mintah 73'

Masa : 5.30 Petang
Tempat : Stadium Perak
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post