Siaran Langsung Live Streaming Terengganu vs KL City Piala FA 2023 Separuh Akhir

Siaran Langsung Live Streaming Terengganu vs KL City Piala FA 2023 Separuh Akhir

Saingan Piala FA 2023 diteruskan lagi dan kini sudah memasuki pusingan Separuh Akhir dengan melibatkan 4 pasukan dan antaranya adalah pertemuan Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC yang mana ianya akan berlangsung pada 25 Jun 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Pusingan separuh akhir pastinya melibatkan 2 perlawanan sahaja. Jadi selain daripada perlawana Terengganu dan KL City ini, satu lagi pertemuan adalah antara juara bertahan, JDT bertemu Selangor pada esoknya iaitu 26 Jun bertempat di Stadium Sultan Ibrahim.

Pada pusingan sebelum ini, Terengganu telah bertemu Kelantan juga di Gong Badak dan perlawanan tersebut nampak sengit apabila kedua-dua saling menjaringkan gol. Ditambah pula Derby Pantai Timur antara keduanya.

Walaubagaimanapun, Terengganu masih menunjukkan kehebatan pasukannya apabila berjaya menumbangkan Kelantan di halaman sendiri dengan jaringan keseluruhan empat gol berbalas dua. Disebabkan itu, Terengganu mara ke pusingan Separuh Akhir.

Sedikit berbeza dengan KL City, apabila mereka terpaksa berhadapan dengan pasukan Sabah di tempat lawan. Jika dilihat secara atas kertas, pastinya pasukan tuan rumah mempunyai kelebihan ditambah pula dengan sorakan peminat dan penonton Sabah itu sendiri pastinya memberikan semangat kepada pemain-pemain Sabah.

Akan tetapi, KL City nampaknya tidak menghiraukan segala kelebihan yang diperoleh daripada pihak lawan. Mereka akhirnya berjaya menewaskan Sabah dengan jaringan tipis dua gol berbalas satu. KL City berjaya mara ke pusingan separuh akhir.

Kini kedua-dua pasukan ini pastinya mengidamkan slot terakhir ke final Piala FA 2023, sekali gus ingin merebut piala pertama yang bakal ditawarkan dalam saingan Liga Malaysia untuk tahun 2023. Pasukan manakah agaknya yang akan mara ke final nanti?

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Sekali lagi, mereka mendapat peluang untuk menjadi tuan rumah. Jadi penyokong-penyokong Terengganu pastinya tidak sabar untuk penuhkan stadium bagi memberikan sokongan kepada pemain-pemain untuk meneruskan aksi cemerlang.

Jadi jangan lupa untuk datang dan beli tiket masuk yang kini sudah mula dijual secara online iaitu menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau boleh juga dapatkan tiket fizikal yang dijual diperkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Piala FA 2023 Separuh Akhir Terengganu vs KL City

Bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini, jangan risau. Ini kerana perlawanan antara Terengganu dan KL City ini akan dibawakan secara langsung ke kaca tv anda iaitu menerusi saluran RTM dan Astro.

Untuk saluran Astro, anda boleh saksikan menerusi Astro Arena 801 dan Astro Arena Bola 803. Untuk tontonan secara online khusus untuk pengguna Astro, boleh strim di Astro Go secara percuma pada hari perlawanan.

Manakala untuk saluran RTM, akan ditayangkan menerusi siaran TV Okey dan Sukan RTM. Manakala untuk tontonan digital online, boleh pergi ke laman web rtmklik.rtm.gov.my atau menggunakan aplikasi RTM Klik.

Seperti biasa, bagi perlawanan bola sepak Liga Malaysia 2023 ini turut akan ditayangkan secara live streaming menerusi platform web dan aplikasi Sooka. Anda tidak perlu apa-apa langganan untuk saksikan perlawanan ini. Boleh tonton secara percuma.

Jadual Dan Keputusan Terengganu vs KL City Piala FA 2023 Separuh Akhir

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Terengganu FC vs Kuala Lumpur City FC untuk aksi Piala FA 2023 pusingan Separuh Akhir yang mana ianya akan berlangsung pada 25 Jun ini, hari Ahad dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kejohanan ini menggunakan format kalah mati dan tiada perlawanan timbal balik. Ianya akan diteruskan ke masa tambahan dan sehingga ke penentuan sepakan penalti jika tiada pemenang dalam tempoh perlawanan sebenar. Keputusan akan dikemaskini sejurus selamat tamat perlawanan.

25 Jun 2023 (Ahad)

AET : Terengganu (0) - (0) KL City (Pen : 2-4)

*KL City berjaya mara ke final Piala FA 2023

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Astro Arena 801, Arena Bola 803, TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post