Ini merupakan perlawanan terakhir untuk minggu ketiga belas bagi aksi Liga Super 2023 iaitu pertemuan antara Sri Pahang FC dan Kuala Lumpur City FC yang mana ianya akan berlangsung pada 4 Jun 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Darul Makmur di Kuantan.
Ini juga perlawanan terakhir untuk pusingan pertama bagi saingan Liga Super 2023. Selepas ini mereka masing-masing akan bertemu semula untuk pusingan kedua sama seperti pada saingan awal musim dan hanya venue yang akan bertukar iaitu home dan away.
Sri Pahang kini berada di tangga ketiga liga. Dalam tempoh dua belas perlawanan sebelum ini, mereka hanya pernah tewas sekali sahaja iaitu ketika bertemu dengan pendahulu liga, JDT pada minggu sebelum ini. Dengan keputusan tersebut, mereka sudah berjaya mengumpul sebanyak 25 mata.
Manakala untuk pasukan KL City, kini mereka berada di tangga ketujuh. Dalam tempoh perlawanan yang sama, mereka sudah meraih 19 mata iaitu menerusi lima kemenangan, tiga kali kalah dan empat kali meraih keputusan seri.
Kedua-dua pasukan ini telah keciciran mata pada perlawanan sebelum ini. Tapi jika dlihat daripada prestasi keseluruhan dengan kedudukan liga sebagai kayu pengukur, perlawanan ini pastinya berpihak kepada pasukan tuan rumah untuk meraih mata maksimum.
Bukan itu sahaja, ditambah pula dengan bermain di halaman sendiri. Mereka akan melayakn kunjungan KL City di Darul Makmur dan dengan kehadiran penyokong, pastinya agak sukar untuk pasukan pelawat untuk meraih sesuatu.
Jika Sri Pahang mampu untuk dapatkan 3 mata penting dalam perlawanan ini, mereka akan melonjak ke tangga ke-2 dengan mengenepikan Selangor yang tewas pada semalam. Manakala KL City juga mampu memperbaiki kedudukan sekiranya mereka menang pada perlawanan ini.
Cara Beli Tiket Masuk Stadium
Untuk kedua-dua penyokong terutamanya daripada penyokong tuan rumah, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke stadium bagi memberikan sokongan yang padu kepada barisan pemain yang beraksi di atas padang. Sorakan anda, semangat untuk mereka.
Oleh itu, dapatkan segera tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli sama ada secara online iaitu menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau boleh juga beli tiket fizikal yang dijual di kaunter perkarangan stadium pada hari perlawanan.
Siaran Langsung Liga Super 2023 Sri Pahang vs KL City
Untuk penonton yang berada di rumah, anda boleh saksikan perlawanan Sri Pahang vs KL City yang akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran RTM di TV2 dan Sukan RTM. Selain itu boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.
Sebagai alternatif, anda juga boleh tonton secara live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka. Anda tidak perlu buat apa-apa langganan, keranan anda boleh tonton secara percuma iaitu menerusi saluran RTM yang disediakan di platform tersebut.
Jadual Dan Keputusan Sri Pahang vs KL City Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual pertemuan antara Sri Pahang FC vs Kuala Lumpur City FC untuk aksi Liga Super 2023 LS13 yang mana ianya akan berlangsung pada 4 Jun ini, hari Ahad bertempat di Stadium Darul Makmur.
Keputusan pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas tiupan wisel penamat pada malam tersebut. Akan dipaparkan bilangan jaringan gol beserta senarai penjaring yang terlibat daripada kedua-dua pasukan.
4 Jun 2023 (Ahad)
FT : Sri Pahang (1) - (2) KL City
- Tchetche Kipre 5'
- Stefano Brundo 58' (P)
- Paulo Josue 76'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Makmur
Tayangan : TV2 dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2
Post a Comment