Telefilem Agensi Kosong Di TV2

Telefilem Agensi Kosong Di TV2

Saksikan telefilem Agensi Kosong yang akan menemui penonton pada 26 Jun 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang mengetengahkan genre drama komedi ini merupakan terbitan syarikat produksi I-Intellect Avenue Sdn. Bhd., diarahkan oleh Pyan Screw dengan nukilan skrip daripada Azmy Arif.

Sinopsis Telefilem Agensi Kosong

Telefilem Agensi Kosong menampilkan barisan pelakon seperti Halim Radzi, Chiwan Chilok, Nesa Idrus, Sulaiman Md Yasin (Mat Over), Fiza Thomas, Munir, Rahim Kidul, Zailan Kamaruddin dan ramai lagi.

  • Halim Radzi sebagai Fizi Hadi
  • Chiwan Chilok sebagai MK
  • Nesa Idrus sebagai Nabila
  • Mat Over sebagai Tuan Azran
  • Fiza Thomas sebagai Aloya
  • Munir sebagai En. Kamal

Ianya mengisahkan tentang 2 pemuda Kampung Juasseh, Kuala Pilah iaitu Hanif dan MK yang bertekad untuk ke Kuala Lumpur demi mengejar cita-cita untuk 'masuk TV' walaupun dalam keadaan mereka yang serba kekurangan.

Telefilem Agensi Kosong Di TV2

Telefilem Agensi Kosong Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Agensi Kosong Di TV2"