Telefilem Ayah Di TV1

Telefilem Ayah Di TV1

Sempena Hari Bapa, saksikan telefilem Ayah yang akan menemui penonton pada 17 Jun 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi AllOut Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Izuan Mokhtar dengan nukilan skrip daripada ZH Emdee @ M. Danial.

Sinopsis Telefilem Ayah

Telefilem Ayah menampilkan barisan pelakon seperti Rusdi Ramli, Nadiya Nisaa, Azwan Kombos, Azizah Mahzan, Anas Ridzuan, Bea Ramshan, Irfan Danial, Fifi Laura Olivia dan ramai lagi.

  • Rusdi sebagai Zamri
  • Nadiya Nisaa sebagai Ainun
  • Irfan Danial sebagai Iskandar
  • Fifi Laura Olivia sebagai Balqish
  • Azwan Kombos sebagai Saiful
  • Azizah Mahzan sebagai Pn. Aminah
  • Anas Ridzuan sebagai Kijat

Ianya mengisahkan kehidupan Zamri yang telah bercerai dengan isterinya, Ainun. Hasil perkongsian hidup bersama mereka memiliki dua orang anak iaitu Iskandar dan Balqish. Setelah bercerai, Ainun tidak membenarkan Zamri bertemu dengan kedua-dua anak mereka itu.

Suatu hari terdetik rasa risau di hati Ainun untuk mencari Zamri. Apatahlagi bila dia gagal untuk menghubungi keberadaan bekas suaminya itu.

Anak-anak mereka pula sering bertanyakan khabar daripada ayah mereka dan rindu untuk bertemu. Justeru Ainun datang ke rumah Zamri dan mendapati Zamri sakit. Lalu masih adakah jalan penyelesaian untuk mereka berbaik semula.

Telefilem Ayah Di TV1

Telefilem Ayah Di TV1

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Ayah Di TV1"