Telefilem Begitu Janji Tertulis Di TV2

Telefilem Begitu Janji Tertulis Di TV2

Saksikan telefilem Begitu Janji Tertulis yang akan menemui penonton semula pada 27 Jun 2023, bersiaran pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem khas Aidiladha awalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan terbitan syarikat produksi Layar Consult Sdn. Bhd., diarahkan oleh Sabri Yunus dengan nukilan skrip daripada Sabri Yunus sendiri.

Sinopsis Telefilem Begitu Janji Tertulis

Telefilem Begitu Janji Tertulis menampilkan barisan pelakon seperti Khatijah Tan, Zamarul Hisham, Mohd Saidi Sabri, Puteri Hanan Shahidah, Bohari Ibrahim, Rashid Jaafar, Marup Mustapha, Mazran Abdullah, Ali Abdul Rahman dan ramai lagi.

  • Khatijah Tan sebagai Mak Jah
  • Zamarul Hisham sebagai Ayub
  • Mohd Saidi Sabri sebagai Sahak
  • Puteri Hanan Shahidah sebagai Embun
  • Bohari Ibrahim sebagai Pak Uda
  • Rashid Jaafar sebagai Pak Akob

Ianya mengisahkan tentang Mak Jah iaitu seorang ibu tunggal mendapat tawaran mengerjakan haji. Malangnya suami Mak Jah baru sahaja meninggal dunia dan sempat mewasiatkan agar salah seorang anak menemani Mak Jah ke Tanah Suci.

Anaknya Sahak sudah tiga tahun tidak pulang ke kampung akibat perselisihan dengan Mak Jah. Ayub pula menolak untuk menemani ibunya dengan alasan tidak bersedia walhal beliau sibuk berjudi di kampung serta berhajat menjual air ketum.

Mak Jah tidak menaruh harapan dan semakin berputus asa tentang pemergiannya ke Mekah dengan mahramnya. Embun cuba menjejaki Sahak dan memujuknya untuk kembali menemui ibunya dan melupakan kisah silam.

Telefilem Begitu Janji Tertulis Di TV2

Telefilem Begitu Janji Tertulis Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Telefilem Begitu Janji Tertulis Di TV2"

Comment Author Avatar
Selamat Hari Raya Haji buat semua :)