Telefilem Dulang Boy Di TV9

Telefilem Dulang Boy Di TV9

Saksikan telefilem Dulang Boy yang akan menemui penonton semula pada 23 Jun 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi Konda Kondi Studios Sdn. Bhd., diarahkan oleh Megat Shahrizal dengan nukilan skrip daripada Hadi M. Nor.

Sinopsis Telefilem Dulang Boy

Telefilem Dulang Boy menampilkan barisan pelakon seperti Armand Ezra, Indah Emeerlda, Mimi Lana, Anas Ridzuan, Naque Ariffin, Asmidar, Azman Hassan, Ungku Hariz, Fathi Kamil dan ramai lagi.

  • Armand Ezra sebagai KL
  • Indah Emeerlda sebagai Yoyo
  • Mimi Lana sebagai Kak Ros
  • Anas Ridzuan sebagai Abang John
  • Naque Ariffin sebagai Faliq
  • Asmidar sebagai Julie
  • Azman Hassan sebagai Uncle Rusdi
  • Ungku Hariz sebagai Aiman Kasut

Ianya mengisahkan tentang Kero Lazania (KL), 10 tahun yang telah secara tidak sengaja mengotorkan kasut hantaran kakanya iaitu Kak Ros yang juga merupakan kasuh penting untuk pengantin lelaki.

Kisah bermula pada malamnya sebelum majlis dimana, KL dipanggil untuk membuat raptai angkat dulang. Kerol ditugaskan untuk mengangkat dulang kasut yang akan diberikan kepada pengantin lelaki. Kasut yang diangkatnya itu ialah kasut idamannya.

Pada pagi pernikahan, ketika semua orang sedang sibuk buat persiapan, KL dan kawan baiknya, Yoyo, secara senyap-senyap 'meminjam tanpar izin' kasut itu untuk mengambil gambar.

Sambil mereka bergambar di padang, KL terpijak lecak dan mengotorkan kasut itu. Dia dan Yoyo cuba mencucinya. Macam-macam cara mereka guna sehingga kasut itu terkoyak.

Sebelum dia membawa dulang itu, 'dulang boys' yang lain perasan bahawa kasut itu kotor dan koyak. Mereka menolong dia menutup keburukan kasut itu dengan perhiasan yang lebih elok.

KL lega, namun mereka menyuruhnya untuk berterus-terang dengan ibunya selepas majlis. KL akur. Usai majlis, suasana kembali ceria. 

Telefilem Dulang Boy Di TV9

Telefilem Dulang Boy Di TV9

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Dulang Boy Di TV9"