Telefilem Jangan Sembelih Merah Di TV9

Telefilem Jangan Sembelih Merah Di TV9

Saksikan telefilem Jangan Sembelih Merah yang akan menemui penonton semula pada 30 Jun 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 sempena Hari Raya Aidiladha ini merupakan terbitan syarikat produksi Layar Consult Sdn. Bhd., diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dengan nukilan skrip serta idea asal daripada Zarina Yasin.

Sinopsis Telefilem Jangan Sembelih Merah

Telefilem Jangan Sembelih Merah menampilkan barisan pelakon seperti Nur Qistina Raisah, Jalil Hamid, Zuhairi Ibrahim, Fadzila Ahmad, Shasha Raman, Aryanna Alyssa, Syaffiq Mahmod, Eleena Arsha dan ramai lagi.

  • Adik Nur Qistina Raisah sebagai Dina
  • Jalil Hamid sebagai Tok Amin
  • Zuhairi Ibrahim sebagai Hilmi
  • Fadzila Ahmad sebagai Rosnah
  • Shasha Raman sebagai Jasmin
  • Adik Aryanna Alyssa sebagai Saerah

Ianya mengisahkan tentang Dina iaitu seorang kanak-kanak yang bijak, berani dan sedikit lasak seperti kanak-kanak lelaki. Dia selalu menemani atuknya iaitu Tok Amin di kandang ternakan kembing selepas sesi persekolahan.

Pada suatu hari, Tok Amin telah menghadiahkan seekor anak kambing kepada Dina kerana telah memenangi pertandingan kuiz matematik di sekolah.

Anak kambing yang unik itu diberikan nama Merah oleh Dina kerana tanda merah di badannya. Semejak itu, Dina dan Merah seperti tidak dapat dipisahkan. Dina amat sayang pada Merah dan menjaga Merah sepenuh hatinya.

Akibat kambing-kambing belaan Tok Amin telah dicuri, Senah mencadangkan anak Kambing 'Merah' kepunyaan Dina sebagai ganti. Oleh itu, Dina pula tekad untuk melarikan si 'Merah' daripada dikorban.

Telefilem Jangan Sembelih Merah Di TV9

Telefilem Jangan Sembelih Merah Di TV9

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Jangan Sembelih Merah Di TV9"