Telefilem Menantu Nista Di TV9

Telefilem Menantu Nista Di TV9

Saksikan telefilem Menantu Nista yang akan menemui penonton semula pada 12 Jun 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem awalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shuhaimi Lua dengan nukilan skrip daripada Adza Emie.

Sinopsis Telefilem Menantu Nista

Telefilem Menantu Nista menampilkan barisan pelakon seperti Emma Maembong, Normah Damanhuri, Sherie Merlis, Mahmud Ali Bashah, Syazuwan Hassan, Raja Azmi, Kak Girl, Faiz Nick, Aliff Zulkarnain dan ramai lagi.

  • Emma Maembong sebagai Sofea
  • Normah Damanhuri sebagai Nek Yam
  • Sherie Merlis sebagai Nora
  • Syazuwan Hassan sebagai Armin
  • Mahmud Ali Bashah sebagai Fauzi
  • Raja Azmi sebagai Ella
  • Kak Girl sebagai Kak Ani Girl

Ianya mengisahkan tentang Sofea seorang gadis yang mempunyai masalah dengan ibunya, Nora. Sofea sudah berapa lama bercinta dengan Armin, keluarga Armin mahu masuk meminang dan uruskan majlis pernikahan antara kedua mereka, namun dihalang oleh ibu sofea.

Bapa Sofea, Fauzi seorang pemandu van dan jarang berada di rumah. Nora sangat garang dan tidak memberikan kasih sayang buat anaknya. Ibu Fauzi iaitu Nek Yam tiba-tiba jatuh sakit membuatkan Fauzi mahu mengambilnya tinggal bersama mereka.

Hasrat ini ditentang keras Nora yang sememangnya tidak sebulu dengan ibu mentuanya. Daripada situ terbongkar kisah lampau yang menjadi punca Nora amat membenci Nek Yam.

Telefilem Menantu Nista Di TV9

Telefilem Menantu Nista Di TV9

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Menantu Nista Di TV9"