Telefilem Perempuan Tanpa Cinta Di TV2

Telefilem Perempuan Tanpa Cinta Di TV2

Saksikan telefilem Perempuan Tanpa Cinta yang akan menemui penonton pada 29 Jun 2023, bersiaran pada hari Khamis, jam 9.30 malam menerusi slot Tele Khas di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem khas yang ditayangkan sempena Hari Raya Aidiladha ini merupakan terbitan syarikat produksi Northern Lights Pictures, diarahkan oleh Ejump Mohd dengan nukilan skrip daripada Lynnda Sharudin.

Sinopsis Telefilem Perempuan Tanpa Cinta

Telefilem Perempuan Tanpa Cinta menampilkan barisan pelakon seperti Erra Fazira, Syafiq Nazri, Nur Risteena, Hanna Qistinna, Azri Iskandar, Hazeeq Dean, Bea Rameshan, Jasper Supayah, Kamaliah Mat Dom, Chef Zam, Lana Nordin, Daniel Fong dan ramai lagi.

  • Erra Fazira sebagai Zarah
  • Syafiq Nazri sebagai Razif

Ianya mengisahkan tentang ketabahan seorang wanita yang mempertahankan cinta sucinya sehingga ke akhir hayatnya. Malah bertemu semula dalam keadaan si lelaki hanya diperlukan untuk melepaskan wanita itu buat selama-lamanya.

Sama-sama ikuti perjalanan kisah perkahwinan pasangan Razif dan Zarah. Perkahwinan tanpa kehadiran cahaya mata membuatkan rumahtangga mereka yang pada awalnya bahagia mula bermasalah.

Kemuncaknya bila Razif mengambil keputusan berkahwin lain dan selepas itu takdir menentukan Zarah disahkan mengandung. Zarah begitu gembira dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Namun kegembiraan mereka tidak lama. Zarah menjadi depresi kerana ibu bapanya meninggal dunia selepas dia melahirkan anaknya. Sukar baginya menerima kenyataan kehilangan yang tersayang dalam masa yang sama.

Situasi itu membuatkan Razif mengambil keputusan meninggalkan Zarah. Sikap Zarah yang tidak menentu membuatkan Razif putus asa dan hilang sabar untuk meneruskan kehidupan dengan Zarah.

Razif berjuang mendapatkan hak penjagaan anak tersebut daripada Zarah. Sejak itu mereka tidak pernah bertemu dan Zarah terpisah dengan anaknya itu hinggalah anaknya dewasa.

Namun masihkan ada peluang untuk Zarah merasai bahagia bersama anak kandungnya tersebut?

Telefilem Perempuan Tanpa Cinta Di TV2

Telefilem Perempuan Tanpa Cinta Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Perempuan Tanpa Cinta Di TV2"