Telefilem Rengkat Di TV9

Telefilem Rengkat Di TV9

Saksikan telefilem Rengkat yang akan ditayangkan semula pada 19 Jun 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan di TV3 pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd, diarahkan oleh Heykal Hanifah, dengan nukilan skrip daripada Farhana Fauri.

Sinopsis Telefilem Rengkat

Telefilem Rengkat menampilkan barisan pelakon seperti Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Syazwan Zulkifly, Adik Nur Indah Emeerlda, Asry Azizan, Kamal Ibrahim, Faezah Elai, Noraini Atan dan ramai lagi.

  • Shukri Yahaya sebagai Rais
  • Aprena Manrose sebagai Yani
  • Syazwan Zulkifly sebagai Bard
  • Adik Nur Indah Emeerlda sebagai Indah

Ianya mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Rais dan Yani yang hidup dalam serba sederhana. Mereka dikurniakan seorang anak iaitu Indah yang rengkat (tempang) akibat daripda kemalangan semasa kecil.

Suatu hari Rais diberhentikan kerja secara mengejut kerana dituduh menyebabkan kerugian kepada syarikat. Rais buntu memikirkan cara untuk mendapatkan duit untuk menampung keluarganya. 

Perkenalan yang tidak disengajakan dengan Bard telah mengubah hidup Rais. Tanpa pengetahuan Yani, Rais telah mengikut Bard untuk meragut demi mendapatkan duit. Indah yang juga bisu tahu mengenai aktiviti ayahnya dan cuba untuk membantu ayahnya supaya berhenti daripada meragut. 

Tanpa pengetahuan Rais, Bard sebenarnya telah merancang segala-galanya kerana mahu membalas dendam terhadap Rais yang pernah membulinya dulu semasa kecil sehingga menyebabkan dia rengkat.

Bard telah meragut beg Yani dan menyebabkan Indah dilanggar kereta. Rais menyesal dengan perbuatannya dan mula kesal dengan segala tindakannya selama ini. 

Telefilem Rengkat Di TV9

Telefilem Rengkat Di TV9

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Rengkat Di TV9"