Siaran Langsung Live Streaming Terengganu vs JDT Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Terengganu vs JDT Liga Super 2023

Minggu keempat belas ini merupakan pusingan kedua bagi saingan Liga Super 2023 dan antara perlawanan yang berlangsung adalah pertemuan Terengganu FC vs Johor Darul Ta'zim FC dimana ianya akan berlangsung pada 9 Jun 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Setiap daripada pasukan yang bermain dalam saingan Liga Super musim ini sudah bertemu sesama sendiri termasuk pasukan dalam perlawanan ini. Terengganu dan JDT sudah bertemua pada perlawanan pertama di awal musim ketika itu juga bersaing bagi merebut Piala Sumbangsih.

Dalam perlawanan tersebut, JDT membuka langkah kanan apabila memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan dua gol kosong. Bukan sahaja peroleh 3 mata maksimum, tetapi memenang piala pertama untuk musim 2023.

Ketika itu, mereka bermain di Stadium Sultan Ismail dimana JDT yang menjadi tuan rumah. Untuk pusingan kali ini, mereka akan akan bermain di homeground Terengganu pula iaitu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Terengganu kini telah memenangi dua perlawanan berturut-turut sebelum ini. Mereka pastinya ingin meneruskan momentum kemenangan ini dengan mengalahkan JDT. Sudah pastinya ingin menjadi pasukan pertama yang mampu menumbangkan pendahulu liga itu pada musim kali ini.

JDT pula menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum keciciran mata dalam tiga belas perlawanan awal siangan liga kali ini. Tidak pernah seri atau kalah sepanjangn perlawanan. Tambahan pula telah menjaringkan lebih 50 gol dengan hanya bolos sekali sahaja.

Adakah dominasi luar biasa JDT ini akan berterusan untuk pusingan kedua kali ini? Atau adakah ianya hanya akan terhenti disini, apabila Terengganu akan memberikan sesuatu dalam perlawanan ini. Jika tak mampu tewaskan pun, mampu untuk jaringkan gol pun sudah cukup baik.

Perlawanan semakin hangat dari minggu ke minggu. Pasukan manakah agaknya yang mampu menggangu gugat JDT di persada liga? Atau adakah mereka memenangi Liga Super untuk 10 kali berturut-turut pada akhir saingan nanti?

Jadi untuk kedua-dua penyokong, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi menyaksikan perlawanan ini nanti. Anda boleh dapatkan tiket sama ada boleh dibeli secara online atau boleh dapatkan tiket fizikal di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Terengganu vs JDT

Jangan terlepas untuk saksikan perlawanan Liga Super 2023 LS14 antara Terengganu FC vs Johor Darul Ta'zim FC yang akan berlangsung pada 9 Jun ini, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Perlawanan ini akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Selain itu, boleh juga live streaming di platform web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pek Liga Malaysia 2023

9 Jun 2023 (Jumaat)

FT : Terengganu (1) - (3) JDT

  • Fernando Forestieri 21'
  • Sony Norde 28'
  • Bergson da Silva 45+3'
  • Endrick dos Santos 90+5'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post