Koleksi Senarai Ucapan Hari Raya Aidiladha 2023 Yang Menarik

Koleksi Senarai Ucapan Hari Raya Aidiladha 2023 Yang Menarik

Setiap tahun, ucapan Hari Raya Aidiladha sudah menjadi kebiasaan untuk rakyat malaysia. Jadi untuk tahun 2023 ini, pelbagai contoh ucapan yang anda boleh gunakan untuk dikongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan tersayang.

Umat Islam mempunyai dua perayaan besar yang disambut setiap tahun. Selain daripada Hari Raya Aidilfitri pada bulan Syawal, kita juga akan menyambut satu lagi perayaan dalam bulan Zulhijjah iaitu Hari Raya Aidiladha.

Ianya merupakan bulan untuk umat Islam melakukan Rukun Islam Kelima iaitu menunaikan ibadah Haji di Mekah. Mana yang tidak berkesempatan melakukannya, kita melakukan ibadah Korban seperti yang telah ditetapkan oleh Islam.

Di Malaysia, selain daripada ungkapan Hari Raya Aidildha, perayaan ini juga digelar dengan Hari Raya Haji kerana terdapatnya ibadah Haji atau Hari Raya Korban yang mana terdapatnya ibadah sembelihan binatang korban ketika perayaan ini disambut. Sama sahaja.

Jadi bagi yang ingin mendapatkan contoh ucapan Hari Raya Aidiladha yang unik dan menarik, anda boleh tengok senarai dibawah untuk dijadikan panduan. Selepas ini, boleh la kongsikan menerusi Whatsapp, SMS atau di akaun media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Tiktok.

Hari Raya Aidiladha 1444H/2023M Di Malaysia

Setiap tahun umat Islam akan melakukan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan Haji di Mekah dalam bulan Zulhijjah. Bagi yang tidak melakukannya, mereka akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah.

Jadi untuk tahun 2023, di Malaysia, Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban yang jatuh pada 10 Zulhijjah 1444H adalah bersamaan pada 29 Jun 2023 iaitu pada hari Khamis.

Tetapi bermula 9 Zulhijjah lagi, kita disunatkan dan sangat digalakkan untuk berpuasa sunat Arafah. Kemudian pada hari raya, solat sunat Hari Raya dan tambah lagi dengan 3 hari tasyrik untuk melakukan ibadah korban.

Senarai Ucapan Hari Raya Aidiladha 2023 Dan Pantun Raya

Disini ada pelbagai jenis ucapan Hari Raya Aidiladha yang anda boleh gunakan iaitu ucapan selamat dan juga dalam bentuk pantun. Anda bebas untuk menggunakannya.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 1

SALAM AIDILFITRI
10 Zulhijjah 1444H 

،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
،صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
كُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ

Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 2

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Saat berderai jatuh Titisan air mata suci IBRAHIM, Melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL, Dikala itulah bermulanya sejarah agung Erti sebuah PENGORBANAN.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 3

Bila Ayam Dah Tak Selera Makan,
Kambing Pula Resah,
Lembu Pura-Pura Gila,
Unta Jer Nampak Cool,
Itu Tandanya Raya Korban Dah Dekat.
Selamat Hari Raya Korban.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 4

Selamat Hari Raya Aidiladha

Semoga ibadah korban membawa keberkatan dan keikhlasan hati buat kita semua.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 5

Selamat Hari Raya Aidiladha 1444H

Semoga Raya Korban kali ini menjadi medan untuk menyuburkan sifat kasih sayang dan persaudaraan dalam kalangan kita.

Ucapan Selamat Hari Raya Korban 6

Salam Aidiladha 1444H

Semoga Hari Raya korban kali ini memberikan makna besar kepada keikhlasan dan kepatuhan kita kepada Allah.

Ucapan Selamat Hari Raya Korban 7

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2023

Ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua saudara Islam di atas muka bumi Allah. Semoga kita semua dapat mengambil ikhtibar dan memperingati tentang pengorbanan Nabi Ibrahim AS dalam menunaikan perintah Allah SWT untuk membuktikan ketaatannya terhadap Allah SWT.

Ucapan Selamat Hari Raya Korban 8

Selamat Hari Raya Aidiladha 1444H/2023

Ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah kepada seluruh umat Islam. Semoga Raya Korban ini membawa pengertian pengorbanan amat bermakna untu kita semua. Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredhaan oleh Allah SWT.

Ucapan Selamat Hari Raya Korban 9

Sebut raya kita hooray,
Lembu, kambing say no way,
Ayam, itik start run away,
AidilAdha now on the way.

Ucapan Selamat Hari Raya Korban 10

Salam Aidiladha 1444H/2023M. Kami merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiadha kepada seluruh umat Islam.

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ

Labbaika Allahumma labbaik. Labbaika laa syariika laka labbaik. Innal hamda, wan-ni'mata, laka wal mulk, laa syariika laka.

Ucapan Selamat Hari Raya Haji 11

Kedatangan Aidiladha setiap tahun sentiasa mengingatkan kita tentang sejarah Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabil Ismail AS. Allah SWT menjadikan sejarah ini berlaku sebagai pedoman dan petunjuk bagi umat Islam untuk mengorbankan harta dan jiwa demi keimanan kepada Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidiladha

Ucapan Selamat Hari Raya Haji 12

Salam Aidiladha 1444H/2023M

Sempena Aidiladha kali ini, marilah kita sama-sama kita menghayati pengorbanan disebalik syariat ibadah Korban. Semoga ibadah korban yang kita lakukan diterima olehNya. Insya Allah.

Ucapan Selamat Hari Raya Haji 13

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, 

Saat berderai jatuh Titisan air mata suci IBRAHIM,
Melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL,
Dikala itulah bermulanya sejarah agung Erti sebuah PENGORBANAN.

Ucapan Selamat Hari Raya Haji 14

May the teachings of Allah and his prophet be your companion throughout your life. May this Eid al-Adha bring peace, prosperity and happiness to you and your family.

Ucapan Selamat Hari Raya Haji 15

No shadows to depress you, only joys to surround you, God himself to bless you: these are my wishes for you. Today, tomorrow and every day. Have a prosperious Eid al-Adha.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 16

On this auspicious occasion, I pray that Allah fills your life with happiness, success and good health. Wishing you a blessed Eid al-Adha dear brother.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 17

As we celebrate this day of sacrifice, let us remember the importance of love, unity, and compassion. Eid Mubarak, dear brother. May you be surrounded by your loved ones.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 18

As we celebrate this day of sacrifice, may we remember the teachings of Prophet Ibrahim (AS) and strive to be better Muslims. Eid Mubarak to all.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 19

As we celebrate Eid-Al-Adha, I am grateful to have a brother like you who always supports and cares for me. Wishing you a joyous and memorable Eid filled with laughter and love. Eid Mubarak!

Ucapan Pantun Hari Raya Aidiladha 2023

Pantun Hari Raya Aidiladha 1

Lembu dan Kambing sedang menanti,
Untuk dikorbankan sekejap lagi,
Sucikan diri ikhlaskan hati
Semoga korban diterima ilahi

Pantun Hari Raya Aidiladha 2

Pergi ke masjid dengan bapa,
Diajak bersama rakan serta taulan,
Salam Hari Raya Aidiladha,
Salah dan silap mohon dimaafkan.

Pantun Hari Raya Aidiladha 3

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan

Pantun Hari Raya Aidiladha 4

Cari cacing di bawah titi,
Buat umpan pergi mengail,
Ibadah korban kita hayati,
Lambang pengorbanan Ibrahim & Ismail

Pantun Hari Raya Aidiladha 5

Berhati-hati dijalan raya,
Biar lambat asalkan selamat,
Selamat Hari Raya Aidiladha,
Kepada Semua Muslimin dan Muslimat.

Pantun Hari Raya Aidiladha 6

Jangan engkau termenung sahaja,
Cepatlah siap untuk beraya,
Ingin daku ucapkan buat semua,
Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Pantun Hari Raya Aidiladha 7

Apabila terjaga di pagi hari,
Lihat semua berlawa sakan,
Aidil Adha berkunjung lagi,
Marilah sama kita raikan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI diucapkan kepada semua pembaca aimanabdullah.com

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Koleksi Senarai Ucapan Hari Raya Aidiladha 2023 Yang Menarik"