Drama Cik PA Tuan Ash - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3

Drama Cik PA Tuan Ash di TV3 dan Tonton

Saksikan drama terbaru Cik PA Tuan Ash yang akan menemui penonton mulai 20 Julai 2023, bersiaran setiap hari Rabu dan Khamis, pada jam 6.00 petang menerusi slot Sakura di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Drama 20 episod yang bakal menggantikan Kampung Mat Saleh ini merupakan terbitan syarikat produksi Tanah Beri Film Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shuhaimi Lua dengan nukilan skrip daripada Zyza Backy.

OST Drama

Tajuk Lagu : Di Sana Dis Sini
Penyanyi : Sissy Iman
Komposer : Sissy Iman
Penulis Lirik : Sissy Iman

Sinopsis Drama Cik PA Tuan Ash

Drama Cik PA Tuan Ash menampilkan barisan pelakon seperti Dini Schatzmann, Janna Nick, Alvin Chong, Raja Azura, Jaafar Onn dan Hisham Zainal.

Bukan itu sahaja, terdapat juga pelakon seperti Syarafi Sudarmaji, Kween Keela, Sharifah Husna, Camelia Natasya, Dayang Areeda, Zalfazin, Ferth Jasni, Ariel Izz, Zahid Deck dan ramai lagi.

  • Dini Schatzmann sebagai Tuan Ash
  • Janna Nick sebagai Husna
  • Alvin Chong sebagai Sam
  • Raja Azura sebagai Puan Diana
  • Jaafar Onn sebagai Khalid
  • Hisham Zainal sebagai Nasri
  • Syarafi Sudarmaji sebagai Zarul
  • Kween Keela sebagai Jojo
  • Sharifah Husna sebagai Zetty

Ianya mengisahkan tentang seorang Tuan Ash iaitu seorang yang berkerjaya dan hebat dalam urusan kerjayanya. Pandai dalam menguruskan syarikat, tetapi tidak dalam memilih calon isteri.

Tuan Ash menghadapi kesukaran dalam mencari kekasih untuk dikahwininya. Sering diperli oleh rakan-rakan seumurnya. Jadi dia bertekad untuk menamatkan zaman bujang mencari cinta sejatinya sebelum berumur 31 tahun.

Oleh kerana kerap gagal dalam usahanya untuk mengenali seseorang, Tuan Ash telah melanti Husna sebagai pembandu peribadinya (PA). Husna sebagai pembantu dalam urusan kerja dan juga berperanan untuk membantunya mengenali calon-calon isteri.

Setiap tindakan Tuan Ash ketika berurusan dengan calon kekasihnya dijalankan melalui nasihat dan cadangan yang diberikan oleh Husna.

Namun, Tuan Ash juga seorang bos yang mementingkan kesempurnaan dan meletakkan kepercayaan penuh pada Husna tidak kira urusan rasmi atau peribadi.

Oleh yang demikian, Husna terlalu sibuk dengan kerjayanya sehingga dia langsung tidak mempunyai masa langsung untuk dirinya sendiri.

Konflik memuncak apabila Husna meletakkan jawatan sebelum Tuan Ash mencapai sasarannya untuk berkahwin. Keputusan itu dibuat kerana terlalu fokus kepada kerjanya sehingga menyisihkan kekasihnya, Sam.

Mampukah Tuan Ash mencari pasangan hidupnya tanpa bantuan Husna? Adakah Husna dapat mengejar cintanya kembali?

Drama Cik PA Tuan Ash di TV3 dan Tonton

Drama Cik PA Tuan Ash di TV3 dan Tonton

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Cik PA Tuan Ash - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3"