Drama ILYS - I Love You Stupid Full Episod Di TV3 Dan Viu

Drama I Love You Stupid Di Viu

Saksikan drama I Love You Stupid yang akan menemui penonton mulai 12 Julai 2023, bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu, pada jam 12.00 tengah hari secara eksklusif hanya di aplikasi Viu atau boleh tonton di laman web www.viu.com secara percuma.

Drama siri 40 episod yang diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama 'I Love You, Stupid!' karya Melur Jelita ini merupakan terbitan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd., diarahkan oleh Eyra Rahman dengan nukilan skrip daripada Siti Jasmina Ibrahim.

Kini drama ILYS - I Love You Stupid juga akan mula ditayangkan di TV3 menerusi slot Aksia pada jam 7.00 malam mulai 14 November 2023 iaitu pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. Juga tersedia di laman Tonton.

Sinopsis Drama I Love You Stupid

Drama I Love You Stupid menampilkan barisan pelakon seperi MK K-Clique, Ezzanie Jasny, Luqman Junaidi, Syad Mutalib, Lisdawati, Haidar Hasanudin, Ziha Salleh, Tengku Nur Kamalia, Musyi Mokhtar Fauzi Nawawi, Marisa Yasmin, Hanna Aqeela, Syed Irfan, Daniel Fong dan ramai lagi.

  • Ezzanie Jasny sebagai Iris
  • MK K-Clique sebagai Inspektor Ebrahim
  • Haidar Hasanudin sebagai Aidan
  • Fauzi Nawawi sebagai Tuan Seri Zakaria
  • Marisa Yasmin sebagai Puan Seri Sarah
  • Lisdawati sebagai Hajah Aminah
  • Syad Mutalib sebagai Fatimah

Ianya mengisahkan tentang Iris, seorang anak jutawan yang masih mencari-cari jawapan berkenaan perasaan sepi di dalam hatinya.

Iris ini merupakan seorang gadis yang independent dan tidak akan teragak-agak untuk mengorbankan sesiapa sahaja demi kepentingan diri. Sifatnya yang boleh dikatakan seorang 'diva' itu jelas kelihatan.

Dia kemudian telah menjalani sebuah misi kemanusiaan di Kemboja. Sewaktu dia di sana bapanya telah mengupah seorang bodyguard bernama Firman untuk menjaga keselamatan dirinya.

Walaupun hubungan mereka dihiasi dengan pergaduhan dan pertengkaran yang tidak henti namun tetap juga diwarnai dengan detik-detik kemanisan.

Langgan Aplikasi Viu Untuk Tontonan Tanpa Iklan

Untuk anda yang ingin menonton drama ini tanpa gangguan iklan, anda boleh langgan Viu Premium menerusi laman web atau aplikasi dengan harga serendah RM14.90 sebulan atau RM79.90 untuk tempoh 12 bulan.

Dengan itu, anda boleh akses pelbagai lagi kandungan VIP di Viu dan pastinya tanpa gangguan iklan. Anda boleh saksikan drama siri seperti Firework Of My Heart, Taxi Driver 2, Numbers, Alter-Naratif dan banyak lagi.

Drama I Love You Stupid Di Viu

Drama I Love You Stupid Di Viu

Drama I Love You Stupid Di Viu

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama ILYS - I Love You Stupid Full Episod Di TV3 Dan Viu"