Filem Sumpahan Jerunei - Sinopsis Dan Tayangan Di Pawagam Mulai 27 Julai 2023

Filem Sumpahan Jerunei Dan Sinopsis

Saksiakn filem Sumpahan Jerunei yang akan menemui penonton, dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 27 Julai 2023 (Khamis) sehingga seterusnya.

Filem seram yang diinspirasikan daripada kisah benar tentang adat bersejarah pengebumian bangsawan Melanau di Sarawak ini merupakan terbitan bersama Produksi Seni 2020 dan Primeworks Studios.

Naskah Sumpahan Jerunei (Curse of the Jerunei) ini diarahkan oleh Jason Chong dengan nukilan skrip daripada Jason Chong sendiri bersama Sky Khor, Sofia J. Rhyland dan Wendy Wong.

Barisan Pelakon

Filem Sumpahan Jerunei menampilkan barisan pelakon seperti Bront Palarae, Uqasha Senrose, Syafie Naswip, Amerul Affendi, Daiyan Trisha, Tony Eusoff, Ruminah Sidek, Yuyun Hikmah serta ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Bront Palarae sebagai Dr. Sani
  • Uqasha Senrose sebagia Bee
  • Syafie Naswip sebagai Arjuna
  • Amerul Affendi sebagai Tommy
  • Daiyan Trisha sebagai Hana
  • Tony Eusoff sebagai Madui
  • Ruminah Sidek sebagai Nula
  • Yuyun Hikmah sebagai Matalau

Sinopsis Filem Sumpahan Jerunei

Filem Sumpahan Jerunei mengisahkan tentang di kematian bangsawan Melanau purba atau ketua kampung di Sarawak yang dihormati oleh tiang kubur yang dipanggil Jerunei.

Apabila profesor arkeologi, Dr. Sani menyedari bekas isterinya hilang dalam ekspedisi untuk memeriksa Jerunei yang misteri dia berlepas ke Sarawak untuk mencarinya.

Dr. Sani disertai oleh Arjuna yang juga bekas pelajarnya, Bee dan seorang pegawai pemeliharaan warisan iaitu Hana dan seorang jurukamera, Tommy.

Semasa mereka menyisir hutan untuk mendapatkan jawapan, setiap ahli mengalami kejadian halusinasi, sakit yang luar biasa dan ada juga yang mendapati diri mereka terjaga di tempat yang menakutkan.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila jasad salah seorang daripada mereka diambil alih oleh roh yang telah dikorbankan di sebuah Jerunei.

Filem Sumpahan Jerunei Dan Sinopsis

Filem Sumpahan Jerunei Dan Sinopsis

Filem Sumpahan Jerunei Dan Sinopsis

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Filem Sumpahan Jerunei - Sinopsis Dan Tayangan Di Pawagam Mulai 27 Julai 2023"