Filem Syaaban - Sinopsis Dan Tayangan Di Pawagam Mulai 29 Jun Ini

Filem Syaaban arahan pertam daripada Dato' Adi Putra

Saksikan filem Syaaban yang akan menemui penonton, dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia pada hari raya pertama Aidiladha, 29 Jun 2023 (Khamis) serta pawagam di Singapura dan Brunei.

🎫 Dapatkan tiket wayang murah - disini

Dikatakana filem arahan sulung daripada Dato' Adi Putra ini, ilhamnya dapat ketika di Kota Madinah dengan mengambil jalan cerita yang diinspirasikan dari filem seberang iaitu Kiamat Sudah Dekat yang popular pada tahun 90-an yang lalu.

Filem yang membawa makna keinsafan dan penghayatan erti pengorbanan ini merupakan terbitan syarikat produksi ADP Studios, diarahkan oleh Datuk Adi Putra dengan nukilan skrip bersama daripada Musfar Yasin dan Datuk Adi Putra sendiri.

Dikatakan segala kutipan untuk filem ini akan diberikan dan disedekahkan kepada pertubuhan amal terpilih masuk pusat tahfiz yang dikenal pasti..

Barisan Pelakon

Filem Syaaban menampilkan barisan pelakon seperti Dato' Haji Adi Putra, Hasnul Rahmat, Akmal Khan, Dr. Nadia Marican, Adeep Nahar, Jobot, Matz Burhan dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Datuk Haji Adi Putra sebagai Syaaban
  • Hasnul Rahmat sebagai Pak Imam Haji Ramli
  • Dr. Nadia Marican sebagai Fatimah

Sinopsis Filem Syaaban

Filem Syaaban mengisahkan tentang seorang pemuda Islam iaitu Muhammad Syaaban yang suka kepada seorang gadis anak kepada seorang Ustaz. Niatnya untuk bernikah dan berkahwin dengan pilihan hatinya tersebut.

Tetapi sebelum itu, ada beberapa syarat yang ditetapkan oleh walinya yang perlu dipatuhi dan dipenuhi sebelum dibenarkan untuk berkahwin dengan puterinya tersebut.

Filem Syaaban arahan pertam daripada Dato' Adi Putra

Filem Syaaban di pawagam mulai 29 Jun 2023

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Filem Syaaban - Sinopsis Dan Tayangan Di Pawagam Mulai 29 Jun Ini"