Jadual, Keputusan Dan Live Streaming Kejohanan BWF Japan Open 2023

Jadul, Keputusan Dan Live Streaming Kejohanan BWF Japan Open 2023

Korea Open telah menutup tirai dan kini pemain-pemain badminton handalan dunia bergerak ke Jepun untuk sertai kejohanan seterusnya iaitu Japan Open 2023 bermula 25 hingga 30 Julai 2023 bertempat di Yoyogi National Gymnasium di Tokyo Jepun.

DAIHATSU Japan Open 2023 merupakan kejohanan kesembilan belas berdasarkan kalendar BWF World Tour 2023 dan ianya merupakan acara berstatus Super 750 dan pastinya bakal disertai oleh pemain utama dunia.

Kejohanan ini bakal menawarkan mata rangking BWF yang tinggi bagi setiap penyertaan mengikut pusingan yang berjaya dicapai. Ianya juga disertakan dengan hadiah wang tunai secara keseluruhan berjumlah USD 850,000 atau sekitar RM3.8 juta.

Kejohanan : DAIHATSU Japan Open 2023
Status : Super 750
Tarikh : 25 - 30 Julai 2023
Tempat : Yoyogi National Gymnasium, Tokyo
Hadiah : USD 850,000 (~RM3.8 Juta)

Senarai Pemain Malaysia Dalam Japan Open 2023

Pasti banyak nama-nama besar yang menyertai kejohanan ini termasuk wakil daripada Malaysia. Pihak BAM juga telah menyenaraikan pemain-pemain yang bakal menggalas cabaran dalam kejohanan ini.

Mereka adalah terdiri daripada pemain dibawah naungan BAM sendiri beserta pemain-pemain badminton profesional yang membawa nama negara Malaysia di peringkat antarabangsa.

Terdapat 5 kategori yang dipertandingkan dalam setiap kejohanan badminton BWF yang berlangsung termasuk Terbuka Jepun 2023. Kali ini Malaysia mempunyai wakil bagi setiap kategori.

[Perseorangan Lelaki] - Cheam Hune Wei, Lee Zii Jia, Ng Tze Yong

[Perseorangan Wanita] - Goh Jin Wei

[Beregu Lelaki] - Ong Yew Sin [6]/Teo Ee Yi, Man Wei Chong/Kai Wun Tee, Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei/Nur Izzuddin

[Beregu Wanita] - Pearly Tan/Thinaah Muralitharan, Vivian Hoo/Lim Chiew Sien

[Beregu Campuran] - Chan Peng Soon/Cheah Yee See, Chen Tang Jie/Toh Ee Wei, Goh Soon Huat [7]/Lai Shevon Jemie, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing

Siaran Langsung Perlawanan Badminton BWF Terbuka Jepun 2023

Untuk Terbuka Jepun 2023, ianya akan ditayangkan secara langsung ke kaca tv anda menerusi saluran Astro Supersport 8104 dan Astro Arena 2 804 atau anda juga boleh tonton secara online dan live streaming di Astro Go.

Walaubagaimanapun, untuk kejohanan berstatus Super 750, tayangan secara live di Astro hanya akan bermula pada pusingan 32 hari kedua iaitu pada 25 Julai ini sehinggalah peringkat final nanti.

Tetapi untuk hari pertama kejohanan, anda masih boleh saksikan perlawanan tersebut iaitu secara live streaming menerusi saluran youtube rasmi BWF di BWF TV.

Mungkin anda perlu sambungan VPN (tengok sini) sekiranya tiada tayangan yang disiarkan di youtube tersebut khusus untuk pengguna dan penonotn di Malaysia.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Badminton Japan Open 2023

Untuk peminat sukan badminton, jangan lupa untuk saksikan kejohanan BWF Japan Open 2023 dari 25 hingga 30 Julai ini yang berlangsung di Tokyo Jepun.

Berikut merupakan senarai jadual penuh bagi setiap perlawanan yang melibatkan pemain-pemain dan wakil Malaysia dalam Japan Open 2023.

Manakala untuk keputusan pula, hanya akan dikemaskini selepas habis atau tamat perlawanan. Jadi jangan lupa untuk bookmark blog ini.

25 Julai 2023 (Selasa) - Pusingan 32

- Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 9.00 pagi waktu Malaysia. (Live Streaming : Link 1 | Link 2)

[XD] Robin Tabeling/Selena Piek (NED) vs (MAS) Chen Tang Jie/Toh Ee Wei - [15-21, 18-21]

[WD] Pearly Tan/M Thinaah (MAS) vs (CHN) Liu Sheng Shu/Tan Ning - [21-11, 9-21, 21-19]

[XD] Thom Giquel [8]/Delphine Delrue (FRA) vs (MAS) Chan Peng Soon/Cheah Yee See - [18-21, 18-21]

[MD] Ong Yew Sin [6]/Teo Ee Yi (MAS) vs (FRA) Lucas Corvee/Ronan Labar - [21-15, 21-18]

-------------------------------------------------

26 Julai 2023 (Rabu) - Pusingan 32

Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 9.00 pagi waktu Malaysia. (Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3)

[MS] Ng Tze Yong (MAS) vs (SGP) Loh Kean Yew [7] - [21-16, 21-17]

[MS] Kenta Nishimoto (JPN) vs (MAS) Lee Zii Jia - 11.50 am - [20-22, 21-17, 21-19]

[MD] Ayato Endo/Yuta Takei (JPN) vs (MAS) Goh Sze Fei/Nur Izzuddin - [18-21, 15-21]

[MS] Cheam June Wei (MAS) vs (INA) Jonatan Chritie [5] - [7-21, 9-21]

[XD] Tan Kian Meng/Lai Pei Jing (MAS) vs (CHN) Feng Yan Zhe [4]/Huang Dong Pin - [21-14, 15-21, 10-21]

[MD] Muhammad S Fikri/Bagas Maulana (INA) vs (MAS) Man Wei Chong/Kai Wun Tee - [21-14, 15-21, 22-20]

[WD] Lee Chia Hsin/Teng Chun Hsun (TPE) vs (MAS) Vivian Hoo/Lim Chiew Sien - [21-13, 16-21]

[XD] Ko Sung Hyun/Eom Hye Won (KOR) vs (MAS) Goh Soon Huat [7]/Lai Shevon Jemie - [21-18, 21-11]

[WS] Yeo Jia Min (SGP) vs (MAS) Goh Jin Wei - [21-16, 18-21, 21-17]

[MD] M.R. Arjun/Dhruv Kapila (IND)* vs (MAS) Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik - [5-21] *RET

-------------------------------------------------

27 Julai 2023 (Khamis) - Pusingan 16

Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 9.00 pagi waktu Malaysia. (Live Streaming : Link 1 | Link 2)

[WD] Chen Qing Chen [1]/Jia Yi Fan (CHN) vs (MAS) Pearly Tan/Thinaah M - [21-15, 21-13]

[MD] Ong Yew Sin [6]/Teo Ee Yi (MAS) vs (TPE) Lee Yang/Wang Chi Lin - [21-15, 18-21, 16-21]

[MD] Goh Sze Fei/Nur Izzuddin (MAS) vs (CHN) Liu Yu Chen [8]/Ou Xuan Yi - [14-21, 17-21]

[MS] Koki Watanabe (JPN) vs (MAS) Ng Tze Yong - [21-17, 21-14]

[MD] Muhammad S Fikri/Bagas Maulana (INA) vs (MAS) Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik - [12-21, 10-21]

[XD] Zheng Si Wei [1]/Huang Ya Qiong (CHN) vs (MAS) Chen Tang Jie/Toh Ee Wei - [21-11, 21-13]

[XD] Chan Peng Soon/Cheah Yee See (MAS) va (THA) Supak Jomkoh/Supissara Paewsampran - [18-21, 21-19, 18-21]

-------------------------------------------------

28 Julai 2023 (Jumaat) - Suku Akhir

Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 9.00 pagi waktu Malaysia. (Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3)

[MD] - Takuro Hoki [5]/Yugo Kobayashi (JPN) vs (MAS) Aaron Chia [4]/So Wooi Yik - [10-21, 21-15, 21-16]

-------------------------------------------------

29 Julai 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

[Tiada lagi wakil Malaysia]

-------------------------------------------------

30 Julai 2023 (Ahad) - Final

Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 10.00 pagi waktu Malaysia. (Live Streaming : Link 1 | Link 2)

[WD] Chen Qing Chen [1]/Jia Yi Fan (CHN) vs (KOR) Kim So Yeong [4]/Kong Hee Yong - [17-21, 14-21]

[MD] Lee Yang/Wang Chi Lin (TPE) vs (JPN) Takuro Hoki [5]/Yugo Kobayashi - [21-19, 21-13]

[WS] He Bing Jiao [5] (CHN) vs (KOR) An Se Young [2] - [15-21, 11-21]

[XD] Yuta Watanabe [3]/Arisa Higashino (JPN) vs (THA) D Puavaranukroh [2]/S Taerattanachai - [17-21, 21-16, 21-15]

[MS] Viktor Axelsen [1] (DEN) vs (INA) Jonatan Christie [5] - [21-7, 21-18]

-------------------------------------------------

Untuk ketahui keputusan dan jadual dari perlawanan-perlawanan lain di Japan Open 2023, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di bwf.tournamentsoftware.com

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual, Keputusan Dan Live Streaming Kejohanan BWF Japan Open 2023"