Minggu ini tiada aksi Liga Super ini kerana akan berlangsungnya saingan Piala FA 2023 untuk pusingan Akhir yang mana ianya akan mempertemukan dua pasukan terhebat iaitu Johor Darul Ta'zim FC dan Kuala Lumpur City FC pada 22 Julai 2023 (Sabtu).
Piala FA 2023 telah bermula pada April yang lalu dimana untuk musim kali ini melibatkan 20 pasukan kesemuanya. 16 daripadanya adalah dari Liga Super, manakala 4 pasukan selebihnya datang dariapda liga Amatur, M3.
Perlawanan bermula daripada peringkat awal iaitu pusingan pertama dan ketika itu hanya melibatkan lapan pasukan untuk empat perlawanan. Bagi yang berjaya, akan mara ke pusingan kedua iaitu 16 terbaik dan disinilah bermula perlawanan sebenar.
Johor Darul Ta'zim FC
JDT sebagai penyandang juara bermula di pusingan 16 terbaik dengan bertemu pasukan PDRM FC. Dalam perlawanan tersebut, mereka menang selesa ketika bermain di SSI dengan jaringan tiga gol kosong tanpa balas.
Kemudian mereka mara ke peringkat Suku Akhir bertemu Penang FC. Sekali lagi bermain di halaman sendiri dan kali ini memenangi perlawanan dengan jaringan yang lebih besar iaitu 5 gol kosong juga tanpa balas.
Akhir sekali di peringkat Separuh Akhir, mereka bertemu dengan sebuah pasukan yang pesaing terhampir mereka iaitu Selangor FC. Bermula dengan seimbang dan akhirnya JDT sekali lagi menunjukkan mereka lebih layak ke final apabil menghumban Selangor dengan jaringan empat gol tanpa balas juga di SSI.
Kuala Lumpur City FC
KL City juga bermula di pusingan 16 terbaik dan ketika itu mereka mendapat jalan yang lebih mudah apabila berhadapan dengan pasukan daripada Liga M3 sahaja iaitu Imigresen FC. Mereka menang selesa dengan 2 gol kosong.
Di pusingan Suku Akhir, mereka sudah bertemu antara pasukan top dalam Liga Super iaitu Sabah FC. Walaupun bermain di Likas, tetapi KL City tidak mahu mengalah begitu sahaja. Mereka berjaya ketepikan segala kegentaran dan akhirnya menang dengan jaringan dua gol berbalas satu.
Masuk ke pusingan Separuh Akhir, mereka sekali lagi menjadi pasukan pelawat kepada Terengganu FC. Kali ini juga mereka perlu berhadapan dengan lautan penyokong tuan rumah. Bermain tanpa sebarang jaringan dalam waktu 90 minit dan masa tambahan, yang mana akhirnya diheret ke penentuan sepakan penalti.
Inilah tuah yang ada pada KL City apabila berjaya melayakkan diri ke final Piala FA 2023 dengan memenangi perlawanan tersebut dalam penentuan sepakan penalti dengan 5-3.
Siaran Langsung Piala FA Final JDT vs KL City
Seperti pada pusingan sebelum-sebelumnya dimana perlawanan ini juga turut akan akan ditayangkan secara langsung di kaca tv sama ada menerusi saluran Astro dan RTM.
Untuk saluran Astro, anda boleh saksikan di Astro Arena 801 dan Arena Bola 803. Manakala untuk siaran RTM adalah menerusi TV Okey dan Sukan RTM.
Untuk tonton secara live streaming, boleh menggunakan aplikasi RTM Klik secara percuma atau di Astro Go khusus untuk pengguna Astro. Selain itu, turut disiarkan menerusi aplikasi Sooka. Boleh langgan pek Liga Malaysia 2023.
Jadual Dan Keputusan Final Piala FA 2023
Untuk final Piala FA 2023, format perlawanan adalah sama seperti sebelum-sebelumnya iaitu tanpa timbal balik. Jika tiada pemenang dalam tempoh waktu sebenar, perlawanan akan dilanjut ke masa tambahan dan sehinggalah ke penentuan sepakan penalti.
Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan final Piala FA 2023 dimana membertemukan Johor Darul Ta'zim FC vs Kuala Lumpur City FC.
22 Julai 2023 (Sabtu)
FT : JDT (2) - (0) KL City
- Hong Wan 66'
- Leandro Velazquez 74'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : Astro Arena 801, Arena Bola 803, TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Astro Go, Sooka dan RTM Klik
JDT JUARA PIALA FA 2023
Post a Comment