Nadeera Zaini Juara Big Stage 2023, Bawa Pulang RM100,000. Ini Senarai Penuh Pemenang

Nadeera Zaini Juara Big Stage 2023, Bawa Pulang RM100,000. Ini Senarai Penuh Pemenang

Syabas Nadeera Zaini! Pasti ramai tertunggu-tunggu siapa yang menang malam ni kan? Ini kerana Big Stage 2023 bagi musim kali ini kita nampak top 3 yang biasa diumumkan setiap minggu adalah hampir orang yang sama.

Inilah kejutan yang ada dalam Big Stage. Ramai yang bertepuk gemuruh apabila pengumuman pemenang atau juara telah dibuat oleh pengacara Elly Mazlein dan Rina Nose pada malam tersebut.

Nadeera Zaini yang menyanyikan lagu Never Enough nyanyian asal Loren Allred dan lagi Gundah battle bersama Waode telah menewaskan lima peserta lain yang terdiri daripada Putera Muhammad, Hoondoo, Aufahanie, Puteri Khareeza dan Waode.

Senarai Penuh Pemenang BIG STAGE 2023

Juara : Nadeera Zaini (68.39%)

Naib Juara : Waode (64.25%)

Tempat Ke-3 : Putera Muhammad (64.19%)

Tempat Ke-4 : Hoondoo (61.60%)

Tempat Ke-5 : Aufahanie (54.61%)

Tempat Ke-6 : Puteri Khareeza (49.58%)

Nadeera Zaini juara Big Stage 2023 Musim Ke-5 berjaya merangkul hadiah wang tunai utama berjumlah RM100,000 dan piala Big Stage.

Naib juara, Waode peserta dari Indonesia membawa pulang wang tunai RM30,000. Beliau membawakan lagu I'd Do Anything For Love bagi laju Ultimetum Solo dan lagu Semalam bagi segmen Battle Mashup bersama Nadeera Zaini

Tempat ketiga dirangkul oleh Putera Muhammad yang membawakan lagu Fantasia Bulan Madu nyanyian Search untuk segmen solo dan lagu Bunda Angkasa (nyanyian Terra Rossa) di segmen Battle Mashup bersama Hoondoo.

Putera Muhammad berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000 bagi tempat ketiga bersama piala Big Stage.

Tempat keempat diraih oleh peserta duo dari Korea iaitu Hoondoo yang berjaya membawa pulang wang tunai RM15,000 juga bersama trofi Big Stage.

Mereka berdua membawakan lagu Beautiful untuk segmen Ultimatum solo dan lagu Gemuruh di segmen Battle Mashup bersama Putera Muhammad.

Tempat kelima dimenangi oleh Aufahanie yang membawakan lagu Pudar untuk lagu solo dan lagu Titanium di segmen Battle Mashup bersama Puteri Khareeza.

Aufahanie membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi Big Stage. Dalam masa yang sama, beliau juga menang Dominasi Persembahan Terbaik pada malam tersebut

Pemenang tempat keenam pula jatuh kepada Puteri Khareeza yang juga membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 beserta trofi. Beliau membawakan lagu Pelukan Angkasa untuk segmen solo dan lagu Gundah untuk segmen duet ketika bersama Aufahanie.

Dalam pentas final, setiap peserta perlu menyelesaikan dua tugasan iaitu nyanyian solo dengan tema Ultimatum Solo dan Battle Mashup iaitu bersama peserta final yang lain.

Kesemua persembahan dinilai oleh 2 juri tetap Aina Abdul dan Ajai beserta juri jemputan iaitu Datuk Ramli MS yang mana mewakili 70% dan 30% lagi daripada undian online.

Big Stage Musim Ke-5 bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Go.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Nadeera Zaini Juara Big Stage 2023, Bawa Pulang RM100,000. Ini Senarai Penuh Pemenang"