Saingan Liga Super 2023 diteruskan lagi tapi belum memasuki minggu baru, kerana minggu kelima belas ini masih ada tigak perlawanan berbaki antaranya adalah pertemuan Johor Darul Ta'zim FC vs Kuala Lumpur City FC iaitu pada 3 Julai 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri.
Nampaknya sebelum final Piala FA 2023, kita dapat tengok lebih awal pertembungan pasukan ini tetapi dalam saingan liga. Sepertinya mereka akan bertemu sebanyak dua kali dalam bulan Julai ini; satu di saingan liga, satu di final Piala FA.
Kita sudah dapat lihat sebelum ini, JDT telah berjaya menumpaskan Selangor, manakala KL City berjaya kalahkan Terengganu yang mana kedua-duanya dalam saingan separuh akhir. Dengan kemenangan tersebut, JDT berjaya mara sekali lagi ke final, manakala KL City berjaya ke pusingan final dalam 3 saingan piala yang berbeza dalam tempoh 3 tahun.
Adakah perlawanan ini, kita boleh anggap sebagai pre-match untuk final Piala FA 2023 nanti? Pastinya perlawanan ini cukup penting untuk kedua-dua pasukan bagi menganalisa pasukan lawan sekali gus digunakan bagi aksi pusingan akhir nanti.
Ini bukanlah pertemuan kali pertama untuk kedua-dua pasukan. Mereka telah bertemu dalam saingan Liga Super 2023 untuk pusingan pertama sebelum ini. Dalam perlawanan tersebut, KL City tumpas tiga gol kosong kepada JDT yang mana ketika itu bermain di Cheras.
Ini merupakan pertemuan kali kedua dan kini giliran JDT pula akan menjadi tuan rumah. Selain daripada kelebihan bermain di tempat sendiri, JDT juga masih mengekalkan rekod tanpa kalah mahupun seri dalam saingan liga kali ini.
Adakah KL City mampu mengubah statistik tersebut apabila bertandang ke Iskandar Puteri pada hari ini? Ataupun sekurang-kurangnya mampu untuk menjaringkan gol. JDT sehingga hari ini, hanya pernah bolos sebanyak 2 gol sahaja baik dalam saingan liga mahupun Piala FA.
Selain daripada persembahan di separuh akhir Piala FA, KL City sebenarnya bukanlah berada dalam prestasi yang baik. Mereka tidak berjaya mengekalkan konsistensi dalam lima perlawanan terakhir. Hanya 2 kemenangan berjaya diraih, selebihnya tewas sekali dan seri dua kali.
Tapi inilah bola sepak dan macam-macam perkara boleh terjadi. Mungkin JDT akan meneruskan kemaraan untuk meraih kemenangan kelima belas kali berturut-turut, atau KL City mencipta kejutan dengan mencuri mata.
Dah bermain di tempat sendiri, jadi penyokong-penyokong Harimau Selatan, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium serta bagikan sokongan kepada pemain-pemain yang bermain di atas padang. Dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my.
Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 JDT vs KL City
Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS15 antara Johor Darul Ta'zim FC dan Kuala Lumpur City FC yang akan berlangsung pada 3 Julai ini, hari Isnin bertempat di Stadium Sultan Ismail.
Perlawanan ini turut akan dibawakan secara langsung menerusi saluran RTM di TV2 dan Sukan RTM serta secara online di Astro Go. Selain itu, anda juga boleh live streaming di platform web atau aplikasi Sooka secara percuma tanpa perlu kepada apa-apa langganan.
3 Julai 2023 (Isnin)
FT : JDT (6) - (1) KL City
- Diogo 12', 33', 44'
- Arif Aiman Hanapi 13'
- Matko Zirdum 54'
- Safiq Rahim 86'
- Akhyar Rashid 88'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : TV2 dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2
Post a Comment