Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Negeri Sembilan Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Negeri Sembilan Liga Super 2023

Antara perlawanan yang berlangsung pada hari kedua minggu keenam belas Liga Super 2023 ini adalah melibatkan pasukan Johor Darul Ta'zim FC vs Negeri Sembilan FC dimana ianya akan diadakan pada 8 Julai 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri.

Sebelum sepak mula perlawanan ini, hari pertama telahpun berlangsung dua perlawanan dan kedua-dua berakhir dengan keputusan seri. Hari ini, akan ada tiga lagi perlawanan dan akan disambung pada esok, Ahad dengan dua perlawanan yang berbaki.

Setiap kali perlawanan melibatkan pasukan JDT, pastinya menjadi tumpuan ramai orang khususnya peminat bola sepak. Jika kita penyokong pasukan lain juga teruja untuk menyaksikan aksi mereka di atas padang, penyokong mereka sendiri pastinya lebih tidak sabar.

Jika anda masih ingat lagi, pertembungan kali pertama mereka adalah pada bulan Mac yang lalu ketika minggu ketiga saingan liga. Ketika itu juga, kita semua telah menyaksikan satu jaringan terbesar yang dicatatkan untuk musim 2023 iaitu tujuh gol.

Kesemua tujuh gol tersebut hanya datang dari satu pasukan sahaja iaitu JDT. Ketika itu, Negeri Sembilan dimalukan dihadapan penyokong sendiri dan halaman sendiri dengan bolos jaringan yang paling besar setakat ini. Tanpa balas.

Ketika itu, mereka bermain di tempat sendiri. Kali ini, Negeri Sembilan akan menjadi pasukan pelawat dan perlu menghadapi penyokong-penyokong setia JDT pula di SSI. Adakah mereka mampu untuk menghadapinya? Atau akan tercatat lagi satu keputusan yang sama seperti sebelum ini?

Ini ditambah pula dengan prestasi JDT yang mana ketika ini tampak sama sahaja sejak dari awal musim lagi. Mereka tetap terus menjaringkan gol dan dalam masa sama tidak akan membiarkan jaringan daripada pihak lawan.

Disebabkan itulah, mereka kini meraih 45 mata yang juga mata maksimum unuk 15 perlawanan. Ya, mereka menang kesemuanya, tanpa ada keputusan seri mahupun tewas. Berbeza dengan Negeri Sembilan yang hanya meriah 19 mata sahaja dalam jumlah perlawanan yang sama.

Bukan itu sahaja, Negeri Sembilan juga bukanlah berada dalam prestasi yang baik dalam tiga perlawanan terakhir mereka. Mereka hanya berjaya seri dua kali dan telah tewas sekali. Masih tiada 3 mata yang diperoleh untuk dibawa pulang ke Paroi.

Pasti peminat bola sepak tempat tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan. Ada yang menjangkakan jaringan besar akan berlaku lagi dan mungkin ada yang berhadap Negeri Sembilan dapat belajar sesuatu daripada perlawanan sebelum ini, seterusnya dapat berbuat sesuatu ketika berhadapan dengan JDT.

Jadi untuk penyokong tuan rumah, JDT terutamanya, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium pada Sabtu ini, termasuk juga penyokong Negeri Sembilan yang bertandang ke Johor. Dapatkan tiket yang kini sudah boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my.

Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 JDT vs Negeri Sembilan

Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS16 antara Johor Datul Ta'zim FC dan Negeri Sembilan FC yang akan berlangsung pada 8 Julai ini, hari Sabtu, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Ismail.

Perlawanan ini turut akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh tonton secara online di Astro Go. Selain itu, boleh juga live streaming di platform web atau aplikasi Sooka dengan melanggan Pek Liga Malaysia 2023 serendah RM7.90 untuk pas satu perlawanan.

8 Julai 2023 (Sabtu)

FT : JDT (2) - (0) Negeri Sembilan

  • Feroz Baharudin 21'
  • Leandro Velazquez 44'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post