Minggu kelapan belas Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk hari kedua dimana kali ini mempertemukan antara Johor Darul Ta'zim FC vs Selangor FC dimana akan berlangsung pada 29 Julai 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri.
Ianya merupakan perlawanan terakhir untuk hari kedua dimana pada hari ini juga berlangsungnya tiga perlawanan selepas semalam, Jumaat ada dua perlawanan dan dua lagi akan berlangsung pada esok, Ahad.
Ini pastinya menjadi perlawanan mingguan yang ditunggu-tunggu atau 'Match Of The Week' apabila mempertemukan dua pasukan iaitu pendahulu liga dan pasukan yang berada di tempat kedua.
Pertembungan JDT vs Selangor
Pada musim 2023 kali ini, kita sudah saksikan kedua-dua pasukan, JDT dan Selangor bertemu sebanyak dua kali. Kali pertama dalam saingan liga pada minggu kelimat (LS5) dan kali kedua dalam saingan Piala FA 2023 di peringkat separuh akhir.
Kali pertama pertemuan tersebut, walaupun bermain di hadapan penyokong Selangor, JDT beraksi sangat baik apabila berjaya menumbangkan gergasi merah kuning dengan jaringan 4 gol kosong.
Kemudian mereka bertemu sekali lagi di pusingan separuh akhir Piala FA. Kali ini bermain di hadapan penyokong sendiri juga dan sepertinya sekali lagi JDT tidak berhadapan masalah dengan menang jaringan yang sama 4 gol kosong.
JDT Mampu Untuk Terus Menjarakkan Diri Dalam Saingan Liga
Kini JDT sudah dipisahkan dengan pasukan di tangga kedua, Selangor dengan 11 mata. Jika mereka berjaya terus mencatatkan kemenangan pada malam ini, jurang kembali menjadi besar kepada 14 mata.
Jika dilihat dari segi prestasi semasa yang mana mereka tidak pernah tewas walaupun seri dalam 17 perlawanan, kemenangan itu tidak mustahil, ditambah pula bermain di tempat sendiri.
Di tempat lawan, mereka mampu untuk menjaringkan gol yang besar. Di tempat sendiri, mereka juga mampu. Kali ini sekali lagi bermain di tempat sendiri. Apakah keputusan sepatutnya?
Selangor Perlu Fokus Walaupun Kehilangan Tonggak Utama
Jika dilihat dari segi prestasi semasa, Selangor juga tidak kurang hebatnya. Daripada lima perlawanan terakhir, mereka hanya tewas sekali dan ianya pasti normal untuk sebuah pasukan bola sepak kecuali JDT.
Ditambah pula, mereka telah menang dua perlawanan berturut-turut sebelum ini. Momentum tersebut pastinya akan dibawa ketika bertemu juara Piala FA 2023 tersebut dan akan terus memberikan tentangan.
Tetapi mungkin pergerakan tersebut ada sedikit terganggu apabila tonggak utama mereka iaitu Faisal Halim digantung perlawanan selama sebulan termasuklah dalam perlawanan ini.
Tidak boleh tidak, Selangor perlu mengatasi masalah tersebut, lagi pula mereka kini berhadapan dengan sebuah pasukan ' bakal invincble' yang masih belum tewas sejak Februari lalu.
Pembelian Tiket Masuk Stadium
Perlawanan yang dinantikan, pastinya stadium akan penuh sama sebelum ini. Jadi untuk penyokong tuan rumah, jangan lupa dapatkan tiket segera sebelum sold out. Manakala untuk penyokong Selangor boleh datang juga untuk berikan sokongan.
Jadi untuk kedua-dua penyokong, jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk stadium yang kini sudah boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my.
Senarai kesebelasan Utama JDT vs Selangor
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk perlawanan ini bagi pasukan JDT dan Selangor
Kesebelasan utama perlawanan malam ini!
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 29, 2023
Saksikan siaran langsung Johor Darul Ta'zim lwn Selangor FC di TV Okey dan Sukan RTM jam 9 malam!#LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/ZgESA94qS6
Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 JDT vs Selangor
Saksikan perlawanan Liga Super 2023 LS18 antara Johor Darul Ta'zim FC dan Selangor FC iaitu pada 29 Julai ini, hari Sabtu, pukul 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Ismail.
Perlawanan menarik, pastinya ramai yang tidak sabar. Jadi untuk yang berada di rumah, anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM serta tontonan secara online di RTM Klik.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan platform web atau aplikasi Sooka untuk live streaming perlawanan ini. Sebab ditayangkan di RTM, tidak perlu apa-apa langganan, boleh strim secara percuma.
29 Julai 2023 (Sabtu)
FT : JDT (2) - (0) Selangor
- Heberty 79'
- Bergson da Silva 90+3' (P)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2
Post a Comment