Minggu ketujuh belas bagi saingan Liga Super 2023 akan bermula dengan perlawanan yang mempertemukan antara Kedah Darul Aman FC vs Kelantan United FC dimana ianya akan berlangsung pada 14 Julai 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Darul Aman di Alor Setar.
Dalam waktu yang sama, selain Kelantan bersama JDT, perlawanan antara Kedah dan Kelantan United juga bakal berlangsung. Ini bermakna, akan dua perlawanan diadakan serentak. Manakala 5 perlawanan lain akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini.
Jika dilihat dalam carta liga, perlawanan ini seolah-olah pertembungan anta pasukan teratas dan bawah liga. Kedah kini berada di tangga keempat dengan mengumpul 31 mata. Manakala Kelantan United berada di tangga ketiga tercorot iaitu tempat kedua belas dengan hanya mengumpul 7 mata sahaja.
Pertemua ini adalah kali kedua untuk Kedah dan Kelantan United untuk musim 2023. Kali pertama mereka bersua muka menguji kekuatan adalah pada minggu keempat yang lalu dalam bulan Mac juga menerusi saingan Liga Super.
Dalam pertemuan tersebut, perlawanan agak seimbang. Kedua-duanya mempamirkan aksi yang terbaik dan ingin mencari gol. Walaupun bermain di Kota Bharu, Kedah berjaya memastikan mereka pulang dengan 3 mata apabila berjaya menumpaskan Kelantan United dengan jaringan tipis 3-2.
Jika melihat persembahan daripada pasukan Kedah dalam lima perlawanan terakhir, mereka hanya tewas dua kali sahaja dan menang baki tiga perlawanan. Ini ditambah pula dengan kemenangan yang dikecapi pada minggu lalu.
Dengan keputusan dan momentum kemenangan tersebut, pastinya akan memberi semangat yang lebih kepada para pemain untuk dibawa ke perlawanan seterusnya menentang Kelantan United. Ditambah pula bermain di hadapan penyokong sendiri.
Berbeza nasib untuk pasukan Kelantan United. Dalam tempoh yang sama, mereka hanya berjaya menang sekali sahaja ketika bertemu seteru setempat, Kelantan pada awal Jun yang lalu. Manakala selebihnya, mereka tewas dan seri masing-masing sebanyak dua kali.
Walaupun tidak menang pada perlawanan lalu, sekurang-kurangnya mereka berjaya mengikut pasukan lawan dengan keputusan seri. Mungkin momentum itu cukup untuk skuad Kijang bagi dibawa ke Darul Aman bagi mencuri sekurang-kurangnya satu mata.
Peminat-peminat pasukan Kedah khususnya yang menjadi tuan rumah, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium untuk memberikan semangat dan sokongan kepada para pemain bagi dapatkan keputusan positif tiga mata penting.
Oleh itu, dapatkan sekarang tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau boleh juga dapatkan tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan.
Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Kedah vs Kelantan United
Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS17 antara Kedah Darul Aman FC dan Kelantan United FC yang mana ianya akan berlangsung pada 14 Julai 2023, hari Jumaat, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Darul Aman.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung yang akan dibawakan menerusi saluran RTM di TV2 dan Sukan RTM serta boleh juga tontonan secara online digital di RTM Klik secara percuma.
Seperti biasa, jika anda menggunakan aplikasi Sooka, anda juga boleh tonton perlawanan ini secara live streaming. Tidak perlu kepada apa-apa langganan dan ianya percuma untuk semua. Hanya perlu pergi kepada saluran RTM sahaja.
14 Julai 2023 (Jumaat)
FT : Kedah (3) - (1) Kelantan United
- Ifedayo Omosuyi 55', 74'
- Amirbek Juraboev 86'
- Ismaheel Akinade 90+1'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Aman
Tayangan : TV2 dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2
Post a Comment