Minggu kelapan belas Liga Super 2023 diteruskan lagi dan antara perlwanan yang bakal membuka tirai minggu ini adalah pertemuan Kelantan United FC vs PDRM FC iaitu pada 28 Julai 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.
Minggu ini akan berlangsung tujuh perlawanan lagi dengan melibatkan semua empat belas pasukan. Jumaat dan Ahad masing-masing berlangsung dua perlawanan dan baki tiga perlawanan diadakan pada Sabtu.
Keputusan sudah, Kelantan United tewas dan PDRM seri. Adakah dalam perlawanan ini, akan ada pasukan yang mampu pulang dengan mata maksimum atau sebaliknya? Kita nantikan...
Pertembungan Kelantan United vs PDRM
Kedua-dua pasukan ini pernah bertemu juga dalam saingan Liga Super. Jadi untuk musim 2023, ini merupakan kali kedua yang mana sebelum ini mereka bermain pada bulan Mac untuk minggu kelima (LS5).
Pada perlawanan tersebut, PDRM tidak mensia-siakan peluang dengan menewaskan Kelantan United 2-0 ketika bermain di halaman sendiri yang mana Stadium MBPJ menjadi saksi.
Tapi untuk kali ini, venue sudah berubah dan kali ini Kelantan United pula akan menjadi tuan rumah. PDRM pula akan datang berkunjung ke Kota Bharu. Mungkin kini giliran Kelantan United pula?
Kelantan United Tetap Terus Memburu 3 Mata
Kelantan United merupakan antara pasukan yang berada di kedudukan tercorot liga. Mereka kini di tangga ke-13 dengan hanya meraih satu digit iaitu 7 mata sahaja.
Bukan itu sahaja, dalam 17 perlawanan yang telah mereka lalui, hanya 1 kemenangan dan 4 seri sahaja yang dikecapi. Selebihnya 12 kali mereka telah tewas.
Adakah pasukan ini masih terus bersemangat untuk mencari 3 mata penting dalam setiap perlawanan? Pada minggu lalu juga, mereka tewas 1-3 kepada Kedah. Adakah mereka mampu untuk bangkit melawan PDRM?
PDRM Mengintai Kemenangan Di Kota Bharu
Sebuah pasukan underdog yang ramai tidak sangka mampu memberikan tentangan dan saingan yang baik dalam Liga Super kali ini. Sudah banyak pasukan besar telah mereka tumbangkan.
Akan tetapi persembahan yang sedikit kurang memuaskan dipamerkan pada minggu sudah. Dalam tiga perlawanan akhir, mereka menang, seri dan tewas masing-masing sekali.
Jika dilihat dalam kedudukan liga, PDRM berada di tangga ke-8 pastinya lebih baik berbanding Kelantan United. Jumlah mata 23 juga lebih jauh jika dibandingkan dengan pasukan lawan.
PDRM menang pada malam tersebut. Mereka mampu untuk naik di tangga ke-7 melepasi Terengganu sekiranya mereka tewas kepada pasukan lawan.
Pembelian Tiket Masuk Stadium
Untuk penyokong Kelantan United, jangan lupa untuk penuhkan stadium pada malam perlawanan bagi memberikan sorakan dan sokonga kepada pasukan anda.
Datang segera dengan dapatkan tiket yang kini sudah mula dijual secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau beli tiket yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan.
Senarai Kesebelasan Utama Kelantan United vs PDRM
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk perlawanan ini bagi pasukan Kelantan United dan PDRM
Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Kelantan United vs PDRM
Saksikan perlawanan Liga Super 2023 LS18 antara Kelantan United FC dan PDRM FC iaitu pada 28 Julai ini, hari Jumaat, pukul 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
Untuk yang jauh atau tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau secara online di Astro Go.
Untuk yang tidak mempunyai akses Astro, boleh juga tonton secara live streaming menerusi laman web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 serendah RM7.90 sehingga RM28.90 sebulan.
28 Julai 2023 (Jumaat)
FT : Kelantan United (2) - (2) PDRM
- Nabil Latpi 47'
- Uche Agba 54'
- OJ Porteria 56'
- Sharvin Selvakumaran 71'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go dan Sooka
Good luck pada pasukan yang akan berentap
ReplyDeletePost a Comment