Aksi Liga Super 2023 kembali lagi dan kini sudah memasuki minggu ketujuh belas dan pada hari pertama ini akan berlangsung dua perlawanan antaranya adalah pertemuan Kelantan FC vs Johor Darul Ta'zim FC iaitu pada 14 Julai 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.
Untuk minggu ini, kesemua empat belas pasukan dengan melibatkan tujuh perlawanan akan berlangsung iaitu selama 3 hari. Pada hari pertama ini ada dua perlawanan. Esok iaitu hari kedua, akan berlangsung tiga perlawanan dan Ahad iaitu hari terakhir akan ada dua lagi perlawanan.
Pertemuan Kelantan dan JDT ini agak menarik sebenarnya. Kedua-duanya mempunyai kontra yang sangat berbeza. JDT semua sudah tahu, mereka kini gah di tangga pertama, tetapi berbeza dengan Kelantan yang berada di tangga tercorot liga.
Pertembungan bagi kedua-dua pasukan ini adalah yang kali kedua untuk musim 2023. Pertama kali mereka bertemu adalah juga dalam saingan liga iaitu pada bulan Mac yang lalu di pusingan pertama pada minggu keempat.
Perlawanan tersebut agak menarik sebenarnya apabila Kelantan menjadi pasukan pertama yang berjaya menembusi gawang JDT. Ketika itu, jaringan dibuat oleh Leonardo Gabriel Rolon diminit ke-69 menerusi sepakan penalti.
Walaupunbegitu, Kelantan terpaksa akur dengan kekuatan JDT ketika itu apabila tumpas dengan jaringan yang besar iaitu 5 gol berbalas 1. Ditambah pula ketika itu, mereka bermain di kubu kuar JDT iaitu di Stadium Sultan Ismail. Kelebihan besar ada pada pasukan tuan rumah.
Tetapi kali ini giliran Kelantan pula yang akan melayan kunjungan JDT iaitu di Kota Bharu. Walaupun dikatakan pesta gol pasti akan berlaku di sana, Kelantan pastinya akan cuba sebaik mungkin supaya tidak diaibkan sekali lagi, ditambah pula bermain di tempat sendiri.
Untuk rekod, JDT mengungguli carta liga sudah mengumpul 48 mata tanpa sebarang kekalahan mahupun keputusan seri. Sehingga perlawanan ke-16, mereka juga sudah menjaringkan lebih 60 gol dan hanya bolos 3 gol sahaja.
Berbeza dengan Kelantan yang hanya berjaya mengumpul 4 mata sahaja daripada lima belas perlawanan sejak Februari lalu. Bukan itu sahaja, mereka juga menjadi pasukan yang bolos paling banyak iaitu 56 gol.
Jadi untuk penyokong Kelantan, sentiasalah berada di belakang pasukan kesayangan anda. Datang beramai-ramai ke stadium untuk berikan sokongan kepada pemain dan bukan pemilik kelab. Dapatkan tiket yang boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my.
Selain itu, tiket fizikal juga akan mula dijual di kaunter di perkarangan stadium pada hari perlawanan. Orang ramai yang tidak sempat beli online, boleh beli di tempat yang disediakan. Bagi stadium penuh untuk menggerungkan pihak lawan.
Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Kelantan vs JDT
Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS17 antara Kelantan FC dan Johor Darul Ta'zim FC yang mana ianya akan berlangsung pada 14 Julai 2023, hari Jumaat, pukul 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
Untuk mereka yang jauh atau tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, jangan risau! Perlawanan ini turut akan dibawakan secara langsung ke kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.
Manakala untuk yang tidak mempunyai akses Astro, anda juga boleh saksikan perlawanan ini secara live streaming di web atau aplikasi Sooka dengan hanya melanggan Pas Satu perlawanan berharga RM7.90 atau Pas Bulanan, RM28.90 dalam Pek Liga Malaysia 2023.
14 Julai 2023 (Jumaat)
FT : Kelantan (0) - (5) JDT
- Fernando Forestieri 9', 60'
- Oscar Arribas 23'
- Bergson 64'
- Akhyar Rashid 77'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2
Post a Comment