Siaran Langsung Live Streaming KL City vs Kelantan Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming KL City vs Kelantan Liga Super 2023

Hari kedua bagi minggu kelapan belas saingan Liga Super 2023 diteruskan lagi dengan perlawanan pertama iaitu antara Kuala Lumpur City FC vs Kelantan FC pada 29 Julai 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.

Kita sudah katahui dua keputusan perlawanan pada semalam iaitu hari pertama untuk minggu ini dan kedua-duanya telah berakhir dengan keputusan seri. Masing-masing pulang dengan 1 mata.

Kini untuk hari kedua, akan berlangsung tiga lagi perlawanan bermula pada petang sehingga dua perlawanan pada belah malam. Tapi jangan lupa, esok masih ada dua lagi perlawanan berbaki.

Pertembungan KL City vs Kelantan

Kedua-dua pasukan ini pernah bertemu dalam saingan Liga Super sebelum ini. Ini merupakan pertemuan kali kedua untuk musim 2023 yang mana sebelum ini mereka bermain dalam minggu kelima (LS5) pada bulan Mac.

Ketika itu bermain di Kota Bharu dan perlawanan tersebut seperti Kelantan mampu untuk mengekang asakan pasukan pelawat sehingga ke minit akhir. Perlawanan berkesudahan dengan seri 2-2.

Kelantan bermain baik ketika di tempat sendiri ketika itu. Kini mereka akan bermain di tempat lawan pula iaitu di Cheras. Adakah mereka mampu sekali lagi berjaya mengutip mata berharga nanti?

KL City Tidak Mahu Mensia-Siakan Peluang

Dengan kemenangan yang dikecapi pada minggu lalu, KL City akan terus mengekalkan momentum tersebut ketika berhadapan dengan Kelantan pada perlawanan kali ini.

Bukan itu sahaja, kini perlawanan akan berlangsung di tempat sendiri, ianya sedikit sebanyak akan memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah dengan adanya penyokong yang datang.

Tambahan pula, kedudukan liga juga memaikan peranan untuk memberi gambaran awal pasukan mana yang akan menang. KL City kini berada di tangga keenam dengan 27 mata. Manakala Kelantan di tangga tercorot dengan hanya 5 mata sahaja.

Kelantan Tetap Memburu 3 Mata

Pada perlawanan terakhir mereka, Kelantan masih lagi gagal untuk mendapatkan 3 mata yang dicari walaupun berhadapan dengan pasukan yang berada di kedudukan bawah liga.

Walaupunbegitu, mereka berjaya mendapatkan 1 mata berharga meskipun bermain di tempat lawan yang pastinya memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah.

Dalam 17 perlawanan yang telah berlangsung, adakah Kelantan mampu untuk menjelmakan kemenangan kedua untuk pasukan tersebut? Sama-sama kita nantikan...

Pembelian Tiket Masuk Stadium

Jadi untuk penyokong-penyokong KL City, jangan lupa untuk datang dan berikan sokongan dan sorakan kepada pasukan anda demi mencari kemenangan yang diimpikan.

Oleh itu, dapatkan sekarang tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau beli tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium

Senarai Kesebelasan Utama KL City vs Kelantan

Berikut merupakan senarai peamin kesebelasan utama untuk perlawanan ini bagi pasukan KL City dan kelantan.

Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 KL City vs Kelantan

Saksikan perlawanan Liga Super 2023 LS18 antara KL City FC dan Kelantan FC iaitu pada 29 Julai 2023, hari Sabtu, jam 5.30 petang bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Untuk yang tidak dapat hadir ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv anda menerusi Astro Arena Bola 2 804 atau secara online di Astro Go.

Selain itu, boleh juga tonton secara live streaming menerusi laman web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 serendah RM7.90 sehingga 28.90 sahaja.

29 Julai 2023 (Sabtu)

FT : KL City (5) - (1) Kelantan

  • Leandro Rolon 3'
  • Zhafri Yahya 26'
  • Romel Morales 47', 65', 90+1'
  • J. Partiban 84'

Masa : 5.30 petang
Tempat : Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post