Siaran Langsung Live Streaming KL City vs Negeri Sembilan Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming KL City vs Negeri Sembilan Liga Super 2023

Kini sudah memasuki hari kedua bagi saingan Liga Super 2023 minggu ketujuh belas dan perlawanan pertama yang bakal berlangsung hari ini adalah antara Kuala Lumpur City FC vs Negeri Sembilan FC iaitu pada 15 Julai 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.

Semalam kita sudah saksikan dua perlawanan untuk hari pertama. Hari ini bakal berlangsung lagi tiga perlawanan bermula pada petang sehingga malam. Kemudian pada esoknya, akan ada dua lagi perlawanan terakhir untuk minggu ini.

KL City dan Negeri Sembilan sebelum ini pernah bertembung buat kali pertama untuk musim 2023 iaitu juga dalam saingan liga pada bulan Mac yang lalu untuk minggu keempat. Ketika itu, Negeri Sembilan menjadi tuan rumah dan menyambut kedatangan KL City.

Dalam pertemuan tersebut, Negeri Sembilan berjaya menumpaskan KL City di tempat sendiri dengan jaringan tipis 2-1. Kesemua gol tersebut hadir pada minit-minit akhir permainan. Tetapi ternyata Negeri Sembilan lebih ampuh pada bahagian pertahanan dan lebih baik di bahagian serangan.

Kali ini, venue sudah berubah. KL City pula akan menerima kunjungan Negeri Sembilan di Cheras. Sedikit sebanyak akan memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah dan ditambah pula dengan kehadiran penyokong sendiri berbanding pihak lawan.

Untuk rekod dalam lima perlawanan terakhir, KL City hanya menang sekali sahaja. Selebihnya, mereka tewas sekali dan seri tiga kali. Manakala Negeri Sembilan langsung tidak mencatatkan sebarang kemenangan dalam tempoh yang sama. Seri dua kali dan tewas sekali.

Kedua-dua pasukan ini juga tidak lah dipisahkan jauh dalam kedudukan liga. Setakat enam belas perlawanan, KL City kini menduduki tempat ketujuh dan mengumpul 24 mata. Manakala Negeri Sembilan di tangga ke-10 dengan 19 mata.

Secara keseluruhan dan dari segi persembahan semasa, kedua-dua pasukan ini bukanlah dalam prestasi yang terbaik. Kedua-duanya masih mencari rentak untuk meraih kemenangan. Jadi sepertinya, kedua-dua berpeluang untuk mendapatkan tiga mata dalam perlawanan tersebut.

Walaupun begitu, KL City mendapat sedikit kelebihan apabila bermain di tempat sendiri. Ditambah pula dengan kehadiran penyokong setia mereka. Ini pastinya akan memberikan tonik tambahan kepada para pemain yang beraksi di atas padang.

Jadi kepada penyokong-penyokong KL City terutamanya, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium pada hujung minggu ini bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda. Dapatkan tiket yang boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my.

Untuk yang ingin dapatkan tiket fizikal, anda boleh beli pada hari perlawanan. Ianya akan dijual di perkarangan stadium. Kalau tak dapat beli online, boleh beli di stadium pada hari Sabtu tersebut. Penuhkan stadium anda.

Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 KL City vs Negeri Sembilan

Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS17 antara Kuala Lumpur City FC dan Negeri Sembilan FC yang mana ianya akan berlangsung pada 15 Julai 2023, hari Sabtu, jam 5.30 petang bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Untuk mereka yang tidak dapat hadir ke stadium, jangan risau. Perlawanan ini turut akan disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 serta tontonan secara online di Astro Go.

Sebagai alternatif untuk yang tidak mempunyai akses Astro, anda masih boleh saksikan perlawanan ini secara live streaming di web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pek Liga Malaysia 2023; RM7.90 untuk pas satu perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

15 Julai 2023 (Sabtu)

FT : KL City (1) - (1) Negeri Sembilan

  • Romel Morales 40'
  • Zainal Abidin Jamil 90+4'

Masa : 5.30 Petang
Tempat : Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post