Siaran Langsung Live Streaming Kuching City vs Kedah Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Kuching City vs Kedah Liga Super 2023

Perlawanan kedua untuk minggu kelapan belas bagi saingan Liga Super 2023 adalah pertemuan antara Kuching City FC vs Kedah Darul Aman FC iaitu pada 29 Julai 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Negeri di Kuching.

Pada minggu ini, kesemua pasukan liga beraksi menentang pasukan lawan-lawan masing-masing. Bermula pada jumaat dengan 2 perlawanan, Sabtu ada 3 perlawanan dan Ahad ada 2 lagi perlawanan.

Pastinya peminat-peminat bola sepak tempatan tidak sabar untuk menonton aksi-aksi bola sepak yang disajikan bagi setiap pasukan yang bertanding.

Pertembungan Kuching City vs Kedah

Untuk musim 2023, kedua-dua pasukan ini pernah bertemu sekali, juga dalam saingan liga pada minggu kelima (LS5) dalam bulan Mac yang lalu. Kini mereka bertemu sekali untuk kali kedua.

Dalam perlawanan tersebut yang bermain di Darul Aman menyaksikan pasukan tuan rumah, Kedah tidak berhadapan dengan masalah apabila berjaya menewaskan Kuching City dengan jaringan 3-0.

Kali ini giliran Stadium Negeri pula menjadi medan pertempuran antara kedua-dua pasukan. Bermain di tempat sendiri, sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah.

Kuching City Akan Tetap Memberikan Tentangan

Meskipun jika dilihat di atas kertas, perlawanan ini pastinya akan memihak kepada Kedah, tetapi Kuching City akan cuba memberikan yang terbaik sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata.

Dalam kedudukan liga juga telah menyatakan jurang yang tinggi untuk kedua-dua pasukan. Kedah berada di top 3 liga, manakala Kuching City kini berada di tempat kedua tercorot liga.

Tapi inilah bola sepak, pelbagai perkara boleh berlaku. Sekiranya Kedah lalai, mungkin akan dihentam oleh Kuching City yang pastinya dahagakan kemenangan.

Kedah Mungkin Tidak Berhadapan Dengan Masalah Besar

Jika dilihat dalam lima perlawanan terakhir, Kedah hanya tewas sekali sahaja. Manakala empat lagi perlawanan lain, mereka meraih kemenangan baik bermain di tempat sendiri atau di tempat lawan.

Bukan itu sahaja, momentum yang mereka peroleh dalam kemenangan duak kali berturut-turut pada minggu lalu, pastinya akan dibawah untuk perlawanan ini.

Jika Kuching City tidak berpada-pada atau leka, pastinya Kedah akan menghukum pasukan tersebut dengan jaringan yang besar sepert yang dilakukan di Darul Aman sebelum ini.

Pembelian Tiket Masuk Stadium

Dengan sorakan dan sokongan penyokong, mungkin Kuching City mampu untuk memberikan sesuatu. Jadi jangan lupa datang dan penuhkan stadium pada malam perlawanan.

Anda kini boleh mula dapatkan tiket masuk sama ada beli cara online di www.tickethotline.com.my atau dapatkan tiket fizikal yang dijual diperkarangan stadium.

Senarai Kesebelasan Utama Kuching City vs Kedah

Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk perlawanan ini bagi pasukan Kuching City dan Kedah.

Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Kuching City vs Kedah

Saksikan perlawanan Liga Super 2023 LS18 antara Kuching City FC dan Kedah Darul Aman FC iaitu pada 29 Julai ini, hari Sabtu, pukul 8.15 malam bertempat di Stadium Negeri.

Selain manyaksikan di stadium, anda juga boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv anda menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.

Untuk mereka yang tidak ada akses astro, anda boleh live streaming perlawanan ini menerusi laman web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 serendah RM7.90 hingga RM28.90 sahaja.

29 Julai 2023 (Sabtu)

FT : Kuching City (0) - (1) Kedah

  • Ifedayo Omosuyl 39'

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Negeri
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post