Kini tiba sudah untuk hari terakhir bagi minggu ketujuh belas saingan Liga Super 2023 dan perlawanan pertama yang berlangsung adalah antara Kuching City FC vs Perak FC iaitu pada 16 Julai 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Negeri di Kuching Sarawak.
Untuk hari ketiga ini, masih ada lagi dua perlawanan yang perlu diselesaikan untuk minggu ini. Hari Jumaat yang lalu, sudah berlangsung dua perlawanan. Semalam, Sabtu sudah selesai tiga perlawanan dan hari ini masih ada lagi dua baki perlawanan.
Minggu ini, nampaknya kita akan dapat saksikan 'clash of bottom league' yang melibatkan dua pasukan yang berada di kedudukan bawah liga. Kuching City berada di tangga ke-13, dan dibezakan dengan dua anak tangga sahaja dengan Perak yang berada di tempat ke-11.
Kedua-dua pasukan ini sebenarnya pernah pertama sekali juga dalam saingan Liga Super iaitu pada bulan Mac yang lalu untuk minggu keempat. Ketika itu bermain di Ipoh yang mana Perak berjaya menumpaskan Kuching City dengan jaringan 2-0.
Untuk rekod dalam lima perlawanan terakhir, Kuching City hanya berjaya peroleh 2 mata sahaja dengan dua kali keputusan seri. Selebihnya dimana tiga perlawanan mereka tewas kepada pasukan lawan. Terbaru, mereka telah tewas sebanyak dua kali berturut-turut.
Menerima nasib yang lebih kurang sama untuk pasukan Perak. Dalam jumlah perlawanan yang sama sebelum ini, Perak hanya berjaya mendapatkan 1 mata sahaja dengan satu kali keputusan seri. Manakala empat perlawanan sebelum-sebelumnya mereka tewas.
Tetapi minggu lalu, Perak berjaya meraih keputusan seri dan pastinya ada sedikit kelegaan kepada pemain-pemain untuk terus memberikan yang terbaik berbanding Kuching City yang telah tewas pada minggu lalu.
Mungkin dengan bermain di halaman sendiri dan ditambah dengan kehadiran penyokong, Kuching City dapat semangat tambahan, sekali gus mampu menewaskan Perak meskipun kedudukan liga yang memberikan gambaran Perak yang bakal menang.
Tetapi inilah bola sepak. Segala perkara yang tidak mustahil mampu untuk terjadi. Mungkin prestasi hambar sepanjangn musim, tetapi mampu bersinar di satu perlawanan penting. Mungkin bermain di halaman sendiri, tidak sehebat bermain di tempat lawan.
Jadi apa-apapun untuk penyokong Kuching City terutamanya, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium pada hujung minggu ini. Anda kini boleh dapatkan tiket masuk yang kini sudah mula dijual secara online di www.tickethotline.com.my.
Mungkin ada penyokong Negeri Sembilan yang akan terbang ke Sarawak, anda juga boleh dapatkan tiket masuk secara online. Sekiranya tidak berjaya, jualan tiket fizikal juga dibuat pada hari perlawanan yang dijual di perkarangan stadium.
Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Kuching City vs Perak
Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS17 antara Kuching City FC dan Perak FC yang akan berlangsung pada 16 Julai 2023, hari Ahad, jam 8.15 malam bertempat di Stadium Negeri.
Untuk yang berada di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini yang dibawakan secara langsung ke kaca tv iaitu menerusi saluran Astro Arena 2 804 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go percuma untuk pelanggan Astro.
Selain itu, untuk anda yang tidak mempuyai akses Astro, anda boleh saksikan perlawanan ini secara live streaming di web serta aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 sama ada pas satu perlawanan berharga RM7.90 atau pas bulanan RM28.90.
16 Julai 2023 (Ahad)
FT : Kuching City (1) - (2) Perak
- Luciano Guayochea 13'
- Abu Kamara 32'
- Seo Seong-ung 80'
Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Negeri
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2
Post a Comment