Siaran Langsung Live Streaming Manchester United vs Dortmund Pre Season 2023

Siaran Langsung Live Streaming Manchester United vs Dortmund Pre Season 2023

Akhirnya sudah sampai ke perlawanan akhir dalam siri jelajah atau US Tour 2023 untuk pasukan Manchester United dan kali ini akan bertemu Borussia Dortmund pada 31 Julai 2023, hari Isnin bertempat di Allegiant Stadium di Las Vegas.

Jika dalam aksi pre season, ini merupakan perlawanan keenam. Tapi untuk US Tour, ini merupakan perlawanan keempat dan sebelum ini menentang Real Madrid di Houston dimana United tewas 2-0.

Sehari sebelum itu, menentang Wrexham juga tewas dan terpaksa menerima kekalahan sekali lagi selepas itu. Ianya juga merupakan penampilan pertama Andre Onana iaitu penjaga gol terbaru yang dibawa masuk untuk skuad The Red Devils.

Pasukan Dortmund Berhadapan Dengan Manchester United

Borussia Dortmund antara pasukan gergasi eropah yang bermaind di Bundesliga. Pada musim lalu, mereka menghabiskan cabaran liga sebagai naib juara selepas terlepas peluang di saat akhir dan terpaksa sekali lagi memberi laluan kepada Bayern.

Untuk aksi pramusim, Dotrmund telah melalui empat perlawanan setakat ini. Kesemuanya berpihak kepada mereka. Tetapi ini merupakan antara pasukan terkuat yang mereka bertemu sepanjang pre season ini.

Pertemuan Manchester United vs Dortmund.

Kedua-dua pasukan mempunyai sejarah tersendiri dalam liga yang mereka tempuhi. Selain itu, mereka juga kerap bermain di peringkat eropah iaitu di UCL dan UEL setiap tahun.

Setakat ini, mereka hanya pernah bertemu sekali sahaja juga dalam perlawanan persahabatan dan menyaksikan Dortmund menang 4-1 terhadap Man United ketika perlawanan tersebut.

Senarai Pemain Manchester United Yang Terlibat Untuk Aksi US Tour 2023

Manchester United telah mengesahkan barisan pemain yang dibawa bagi meneruskan aksi pramusim dan kali ini untuk US Tour pula. Seramai 31 pemain yang bakal menghadapi siri jelajah kali ini

Penjaga Gol: Andre Onana, Nathan Bishop, Tom Heaton, Dean Henderson, Radek Vitek.

Pertahanan: Diogo Dalot, Alvaro Fernandez, Victor Lindelof, Harry Maguire, Lisandro Martinez, Luke Shaw, Raphael Varane, Aaron Wan-Bissaka, Brandon Williams.

Pemain Tengah: Amad, Antony, Casemiro, Christian Eriksen, Bruno Fernandes, Dan Gore, Hannibal, Kobbie Mainoo, Scott McTominay, Mason Mount, Facundo Pellistri, Jadon Sancho, Donny van de Beek.

Penyerang: Anthony Elanga, Omari Forson, Alejandro Garnacho, Anthony Martial, Marcus Rashford.

Jadual Dan Siaran Langsung Aksi Pramusim 2023 Manchester United vs Dortmund

Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan keenam untuk aksi Pramusim 2023 dan kali ini di US Tour 2023, Manchester United akan bertemu Dortmund iaitu pada 31 Julai 2023, hari Isnin, jam 9.00 pagi waktu Malaysia di Allegiant Stadium.

Kali ini tiada semula tayangan di astro, jadi anda boleh saksikan secara live streaming menerusi laman web www.manutd.com/mutv atau menggunakan aplikasi MUTV secara percuma.

31 Julai 2023 (Isnin)

FT : Manchester United (2) - (3) Dortmund

  • Dalot 24'
  • Malen 43', 44'
  • Antony 52'
  • Moukoko 71'

Masa : 9.00 Pagi (MYT)
Tempat : Stadium Allegiant
Tayangan : -Tiada-
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Manchester United vs Dortmund Pre Season 2023"