Siaran Langsung Live Streaming Manchester United vs Real Madrid Pre Season 2023

Siaran Langsung Live Streaming Manchester United vs Real Madrid Pre Season 2023

Selang sehari sahaja dan terus untuk perlawanan kelima dalam aksi Pre Season 2023 dan kali ini Manchester United akan bertemu Real Madrid pada 27 Julai 2023, hari Khamis bertempat di NRG Stadium di Houston.

Untuk aksi persahabatan pramusim, ini merupakan perlawanan kelima. Tapi untuk US Tour, ini merupakan perlawanan ketiga dan terbaru adalah menentang Wrexham AFC di San Diego dimana Man United tewas 1-3.

Perlawanan tersebut seperitnya terpaksa diberikan sepenuhnya kepada pemain-pemain akademik. Skuad utama direhatkan dan pastinya bertujuan untuk digunakan dalam pertemuan menentang Real Madin.

Pasukan Real Madrid Berhadapan Dengan Manchester United

Real Madrid merupakan sebuah pasukan gergasi dunia yang berpengkalan di liga Sepanyol iaitu di La Liga. Pada musim lalu, pasukan tersebut berada di tempat kedua liga dan hanya memenangi Copa del Ray sahaja.

Untuk aksi pramusim, Real Madrid hanya bermula pada dua hari yang lalu menentang AC Milan yang menyaksikan pasukan tersebut menang tipis 3-2 yang mana ianya berlangsung di California.

Ini merupakan perlawanan kedua untuk Real Madrid sepanjang aksi pramusim dengan jumlah keseluruhan adalah sebanyak lima perlawanan sahaja.

Pertemuan Manchester United vs Real Madrid

Kedua-dua pasukan ini sebenarnya tidak asing lagi dalam perlawanan bola sepak. Mereka juga sering bertemu terutamanya dalam saingan UEFA Champions League.

Kali terakhi kedua-dua pasukan ini bertemu adalah pada tahun 2018 menerusi International Champions Cup yang menyaksikan The Red Devils menang perlawanan tersebut dengan jaringan 2-1.

Senarai Pemain Manchester United Yang Terlibat Untuk Aksi US Tour 2023

Manchester United telah mengesahkan barisan pemain yang dibawa bagi meneruskan aksi pramusim dan kali ini untuk US Tour pula. Seramai 31 pemain yang bakal menghadapi siri jelajah kali ini

Penjaga Gol: Nathan Bishop, Tom Heaton, Dean Henderson, Radek Vitek.

Pertahanan: Diogo Dalot, Alvaro Fernandez, Victor Lindelof, Harry Maguire, Lisandro Martinez, Luke Shaw, Raphael Varane, Aaron Wan-Bissaka, Brandon Williams.

Pemain Tengah: Amad, Antony, Casemiro, Christian Eriksen, Bruno Fernandes, Dan Gore, Hannibal, Kobbie Mainoo, Scott McTominay, Mason Mount, Facundo Pellistri, Jadon Sancho, Donny van de Beek.

Penyerang: Anthony Elanga, Omari Forson, Alejandro Garnacho, Anthony Martial, Marcus Rashford.

Jadual Dan Siaran Langsung Aksi Pramusim 2023 Manchester United vs Real Madrid

Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan kelima untuk aksi Pra Musim 2023 dan kali ini di US Tour 2023, Manchester United akan bertemu Real Madrid iaitu pada 27 Julai ini, hari Khamis, jam 8.30 pagi waktu Malaysia di NRG Stadium

Sebelum ini tiada tayangan di kaca tv, tetapi tidak untuk kali ini. Astro akan bawakan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Supersport 812 atau secara online di Astro Go.

Untuk yang tiada astro, anda boleh tonton secara live streaming menerusi web www.manutd.com/mutv atau menggunakan aplikasi MUTV secara percuma.

27 Julai 2023 (Khamis)

FT : Manchester United (0) - (2) Real Madrid

  • Bellingham 6'
  • Joselu 89'

Masa : 8.30 Pagi (MYT)
Tempat : NRG Stadium
Tayangan : Astro Supersport 812
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Manchester United vs Real Madrid Pre Season 2023"