Selesai perlawanan disebelah petang, kini bersambung perlawanan dibelah malam dan terakhir untuk minggu keenam belas Liga Super 2023 iaitu antara PDRM FC vs Kedah Darul Aman FC yang berlangsung pada 9 Julai 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Perlawanan ini adalah yang ketujuh dan penutup untuk minggu ini. Pada hari pertama, kita telah saksikan dua perlawanan dengan dua keputusan seri. Semalam berlangsung tiga perlawanan dengan tiga kemenangan yang tercatit. Kini hari ketiga telah tiba.
Pertembungan antara PDRM dan Kedah ini juga sebenarnya agak menarik. Kali pertama kita telah saksikan PDRM berjaya mengejutkan pasukan Hijau Kuning tersebut dengan kemenangan 1-0 ketika bermain di Darul Aman.
Sejak daripada itu, PDRM sepertinya menjadi satu-satunya pasukan underdog yang berjaya menewaskan pasukan gergasi seperti Selangor dan Sabah. Mereka juga berjaya mengekang JDT dengan hanya tewas dengan jaringan 1 gol sahaja.
Bukan itu sahaja, mereka menjadi satu-satunya pasukan yang dinaikkan ke Liga Super untuk musim kali ini yang tidak berada di bottom 4 seperti teman-temannya yang lain. Banyak siri kemenangan yang dikecapi sehingga minggu kelimat belas sebelum ini.
Jika dilihat dalam carta liga, PDRM kini berada di tangga ke-8 yang mana mereka telah mengumpul sebanyak 22 mata. Dibawah mereka ada dua pasukan asal Liga Super seperti Penang dan Negeri Sembilan. Jika mereka menang, mereka boleh melonjak ke tangga ke-6.
Bukan itu sahaja, PDRM juga kini telah menang empat perlawanan berturut-turut. Jika dilihat dengan pasukan yang ditewaskan, bukanlah calang-calang. Mereka tumpaskan Selangor dan Sabah tak sampai 7 hari pun. Memang hebat.
Kedah pula ada sedikit perbezaan. Walaupun kedudukan carta mereka lebih baik iaitu di tangga ke-5 liga dengan mengumpul 28 mata, tetapi prestasi mereka akan tidak baik berbanding PDRM jika dilihat dalam empat perlawanan terakhir.
Mereka juga baru sahaja tewas pada minggu lalu kepada Terengganu. Sekiranya mereka tidak bangkit daripada igauan tersebut, mungkin siri kekalahan kedua juga akan berlaku di Petaling Jaya pada malam ini.
Untuk penyokong-penyokong PDRM, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium pada malam ini, termasuklah untuk penyokong Kedah. Anda kini sudah boleh mula dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my atau beli tiket di kaunter stadium.
Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 PDRM vs Kedah
Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS16 antara PDRM FC dan Kedah Darul Aman FC yang akan berlangsung pada 9 Julai ini, hari Ahad, pukul 9.00 malam bertempat di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Perlawanan ini turut juga akan dibawakan secara langusng menerusi saluran RTM di TV2 dan Sukan RTM serta tontonan secara online digital di RTM Klik. Selain itu, boleh juga live streaming menggunakan aplikasi Sooka secara percuma, tanpa perlu apa-apa langganan.
9 Julai 2023 (Ahad)
FT : PDRM (0) - (2) Kedah
- Ifedayo 81' (P)
- Lee Tuck 90' (P)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya Petaling Jaya
Tayangan : TV2 dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2
Post a Comment