Kini sudah memasuki hari terakhir iaitu hari ketiga saingan Liga Super 2023 di minggu ketujuh belas dan antara perlawanan yang berlangsung adalah antara PDRM FC vs Terengganu FC dimana ianya akan berlangsung pada 16 Julai 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Bandaraya Petaling Jaya di Kelana Jaya.
Ini juga perlawanan terakhir pada minggu ini. Hanya dua perlawanan yang berlangsung dan yang pertamanya adalah pertemua Kuching City dan Perak iaitu pada jam 8.15 malam yang lepas. Kini tiba untuk perlawanan kedua.
Perlawanan ini juga mungkin boleh digelar sebagai 'Battle of Mid Table' ini kerana kedua-dua berada di pertengahan liga. Terengganu sudah mengumpul 24 mata daripada enam belas perlawanan berada di tangga keenam liga. Manakala PDRM dengan 22 mata, berada di tempat kelapan liga.
Pertembungan ini adalah kali kedua untuk PDRM dan Terengganu untuk musim 2023. Kali pertama mereka menguji kekuatan adalah pada bulan Mac yang lalu, juga dalam saingan liga iaitu pada minggu keempat.
Ketika pertemuan tersebut, Terengganu berjaya mengekang PDRM dan mengelakkan menjadi mangsa sama seperti Kedah pada minggu sebelumnya. Perlawanan itu berkesudahan dengan jaringan satu gol kosong sahaja iaitu mimihak kepada Terengganu.
Untuk rekod dalam lima perlawanan terkahir, PDRM hanya tewas sekali sahaja dan telah menang empat perlawanan yang lain. Ya, mereka baru tewas kepada Kedah pada minggu lepas di halaman sendiri. Mungkin sedikit tempang jika tidak berbuat sesuatu ketika berhadapan dengan Terengganu.
Manakala untuk pasukan Terengganu, mereka juga bukalah meraih keputusan yang baik pada minggu lalu apabila hanya mencatatkan keputusan seri sahaja ketika berhadapan dengan KL City. Dalam lima perlawanan terakhir, Terengganu hanya menang tiga kali, tewas dan seri masing-masing sekali sahaja.
Dari segi persembahan, pastinya memihak kepada PDRM, disamping mereka juga telah mencatatkan keputusan-keputusan luar jangka dalam banyak perlawanan sebelum-sebelum ini. Antara pasukan yang mampu untuk menumbangkan pasukan gergasi.
Ini ditambah pula dengan kelebihan yang mereka ada ketika bermain di halaman sendiri. Jika sebelum ini, Terengganu menjadi tuan rumah, mereka menang. Kali ini PDRM pula menjadi tuan rumah dan mungkin kemenangan pula untuk mereka.
Jadi untuk peminat dan penyokong pasukan bola sepak PDRM terutamanya termasuk juga penyokong-penyokong Kedah, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium pada hujung minggu ini. Dapatkan segera tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my.
Selain itu, tiket fizikal turut juga akan dijual kepada mereka yang datang ke stadium, kerana ianya akan dijual di kaunter terpilih iaitu pada hari perlawanana. Jom penuhkan stadium pada minggu ini untuk menyaksikan aksi saingan Liga Super 2023
Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 PDRM vs Terengganu
Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS17 antara PDRM FC dan Terengganu FC yang mana ianya akan berlangsung pada 16 Julai 2023, hari Ahad, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium atau jauh daripada stadium. jangan risau. Perlawanan ini turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh tonton secara online di Astro Go.
Selain itu, boleh juga live streaming menerusi platform web dan aplikasi Sooka dengan hanya perlu melanggan Pas Satu Perlawanan dengan harga RM7.90 atau Pas Bulanan dengan harga RM28.90 dalam Pek Liga Malaysia 2023.
16 Julai 2023 (Ahad)
FT : PDRM (0) - (0) Terengganu
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya Petaling Jaya
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2
Post a Comment