Minggu keenam belas Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk hari kedua dan salah satu perlawanan yang bakal berlangsung adalah pertemuan antara Penang FC vs Kelantan FC iaitu pada 8 Julai 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Bandaraya di Pulau Pinang.
Semalam kita sudah saksikan dua perlawanan yang berlangsung dimana kedua-duanya berakhir dengan keputusan seri. Hari ini bersambung untuk tiga perlawanan lagi. Kemudian esok, pada Ahad akan ada lagi dua perlawanan yang akan diteruskan.
Pertemua antara Penang dan Kelantan ini merupakan kali kedua yang mana kali pertama adalah pada pusingan pertama Liga Super 2023 pada Mac yang lalu. Perlawanan tersebut telah berlangsung pada minggu ketiga.
Perlawanan itu juga merupakan satu-satunya kemenangan yang dikecapi oleh Kelantan FC sehingga minggu kelima belas sebelum ini. Lebih manis lagi, kemenangan itu diperoleh dihadapan penyokong sendiri ketika bermain di Kota Bharu.
Dalam perlawanan tersebut, pasukan tuan rumah berjaya meriah tiga mata maksimum keatas pasukan lawan dengan menjaringkan 2 gol tanpa balas hasil jaringan daripada Ismaheel Akinade dan Mohamad Fazrul Amir. Kemudian perlawanan seterusnya adalah tinggal kenenangan.
Kali ini, akan bertukar pula venue perlawanan dimana Penang pula akan menjadi tuan rumah dan melayan kunjungan pasukan pelawat daripada Kelantan. Adakah Penang mampu untuk membalas dendam ditempat sendiri selepas ini?
Jika dilihat lima perlawanan terakhir untuk kedua-dua pasukan, ianya hampir sama sebenarnya. Untuk Penang, mereka tewas sebanyak 3 kali dan seri 2 kali dengan tanpa apa-apa sebarang kemenangan. Tetapi mereka tidak tewas untuk dua perlawanan terakhri mereka.
Manakala Kelantan tewas kesemua perlawanan dalam tempoh yang sama baik menentang pasukan yang lebih kuat atau pasukan jiran iaitu Kelantan United. Adakah mereka mampu untuk bangkit daripada mimpi ngeri tersebut apabila bertandang ke Pulau Pinang.
Mengikut kedudukan liga juga, pertembungan ini sepertinya berpihak kepada Penang. Kelantan kini mengungguli di carta tercorot liga dengan hanya berjaya mengumpul 4 mata sahaja. Manakala Penang di tangga ke-10 dengan 16 mata.
Untuk penyokong tuan rumah terutamanya, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan dan sekali gus meraih keputusan yang positif pada malam tersebut. Dapatkan segera tiket perlawanan secara online di www.tickethotline.com.my atau boleh beli tiket di kaunter stadium
Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Penang vs Kelantan
Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS16 antara Penang FC dan Kelantan FC yang akan berlangsung pada 8 Julai ini, hari Sabtu, pukul 9.00 malam bertempat di stadium Bandaraya.
Perlawanan ini turut akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 dan secara online di Astro Go. Selain itu, anda juga boleh live streaming di platform web atau aplikasi Sooka dengan melanggan pek Liga Malaysia 2023 dengan harga serendah RM7.90 untuk pas satu perlawanan.
8 Julai 2023 (Sabtu)
FT : Penang (4) - (3) Kelantan
- Harith Akif Shahar 10', 46'
- Hadin Azman 19', 30'
- Rafael Vitor 41'
- Natanael Ringo 45+3'
- Alif Ikmalrizal 84'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2
Post a Comment