Siaran Langsung Live Streaming Sabah vs Kuching City Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Sabah vs Kuching City Liga Super 2023

Terdapat tiga lagi perlawanan Liga Super 2023 yang bakal berlansung pada hari ini untuk minggu keenam belas yang mana antaranya adalah pertemuan Sabah FC vs Kuching City FC iaitu pada 8 Julai 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Likas di Kota Kinabalu, Sabah.

Untuk minggu ini sama seperti pada minggu-minggu sudah dimana biasanya akan berlangsung perlawanan-perlawanan bola sepak untuk tempoh tiga hari. Semalam sudah berlangsung dua perlawanan dan esok akan ada lagi dua perlawanan.

Pertembungan antara Sabah dan Kuching City ini juga mungkin antara yang menarik untuk disaksikan kerana ianya perlawanan Derby Borneo dimana mempertemukan dua pasukan daripada Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

Pertemuan mereka ini merupakan kali kedua yang mana kali pertama adalah pada pusingan pertama Liga Super 2023 pada Mac yang lalu. Perlawanan tersebut berlangsung dalam minggu ketiga bersama-sama pasukan lain juga diadakan.

Dalam perlawanan tersebut, pasukan pelawat ketika itu iaitu Sabah berjaya menewaskan pasukan tuan rumah, Kuching City dengan jaringan tipis 2-1. Saddil Ramdani dan Ferreira Castanheira menjaringkan gol untuk Sabah dan Abu Kamara satu gol untuk Kuching City.

Kali ini ianya akan diadakan di Sabah pula. Kuching City akan terbang ke Sabah bagi menghadapi perlawanan seterusnya. Adakah kali ini mereka sudah mempelajari sesuatu dan mengambil giliran untuk menewaskan pasukan tuan rumah?

Tetapi jika dilihat daripada prestasi semasa, sepertinya agak sukar. Dalam 5 perlawanan terakhir, Kuching City tewas sebanyak tiga kali dan hanya mampu seri dua kali. Jadi dalam tempoh tersebut, mereka hanya mengumpul 2 mata sahaja.

Sedikit berbeza dengang Sabah, dimana sebelum ini mereka sudah pun meraih kemenangan dan pastinya momentum tersebut akan dibawa ke perlawanan ini bagi mendapatkan kemenangan kedua berturut-turut apabila menerima kunjungan Kuching City.

Bukan itu sahaja, kedudukan kedua-dua pasukan ini juga agak ketara. Sabah kini berada di tempat kelimat dengan mengumpul 27 mata. Manakala Kuching City berada di tangga kedua tercorot dengan hanya mengumpul 6 mata sahaja.

Jadi untuk penyokong-penyokong tuan rumah, Sabah terutamanya, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium pada Sabtu ini, Juga untuk penyokong Kuching City. Anda kini boleh mula dapatkan tiket secara online di www.tickethotline.com.my atau beli di kaunter stadium.

Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Sabah vs Kuching City

Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS16 antara Sabah FC dan Kuching City FC yang akan berlangsung pada 8 Julai ini, hari Sabtu, pukul 5.45 petang bertempat di Stadium Likas.

Perlawanan ini turut akan dibawakan secara langsung menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM atau boleh tonton secara online di RTM Klik. Selain itu, boleh live streaming di aplikasi Sooka secara percuma. Tidak perlu kepada apa-apa langganan.

8 Julai 2023 (Sabtu)

FT : Sabah (4) - (3) Kuching City

  • Saddil Ramdani 12'
  • Ramon Machado 27', 90+4'
  • Amir Amri Salleh 55'
  • Stuart Wilkin 58'
  • Abu Kamara 67', 86'

Masa : 5.45 Petang
Tempat : Stadium Likas
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post