Kini tiba untuk perlawanan kedua untuk hari kedua bagi minggu ketujuh belas saingan Liga Super 2023 iaitu mempertemukan antara Sabah FC vs Sri Pahang FC yang mana ianya akan berlangsung pada 15 Julai 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Likas di Kota Kinabalu.
Pada hari pertama kita sudah saksikan dua perlawanan. Untuk hari kedua, akan berlangsung lagi tigak perlawanan dan diikuti hari terakhir iaitu hari ketiga akan berlangsung dua lagi perlawanan berbaki untuk minggu ini.
Ini pastinya menjadi antara perlawanan tumpuan pada minggu ini berikutan kedudukan kedua-dua pasukan ini berada di atas carta liga. Tiga pastinya sangat dimpi-impi oleh kedua-duanya bagi terus berada di kedudukan yang terbaik.
Pertembungan ini adalah kali kedua untuk Sabah dan Sri Pahang untuk musim 2023. Kali pertama mereka bertemu juga dalam saingan liga iaitu pada minggu keempat bulan Mac yang lalu dimana berkesudahan dengan seri untuk kedua-dua pasukan iaitu 1-1.
Ketika itu, Sri Pahang menjadi tuan rumah dan Sabah menjadi pasukan pelawat. Untuk pertemuan kedua kali ini, Sabah pula akan melayan kunjungan Sri Pahang sebagai tuan rumah dan pastinya ada kelebihan untuk mereka ketika bermain di tempat sendiri.
Untuk rekod dalam lima perlawanan terakhir, Sabah menang tiga kali dan tewas dua kali. Tetapi kini mereka mempunyai rentak kemenangan apabila menang dua perlawanan berturut-turut sebelum ini. Satu keputusan yang baik untuk dibawa ketika bertemu Sri Pahang nanti.
Manakala untuk Sri Pahang, persembahannya tidaklah terlalu jauh berbanding Sabah. Ini kerana mereka juga telah menang tiga kali dan tewas dua kali dalam lima perlawanan terakhir. Tetapi keyakinan mereka pastinya lebih tinggi apabila menang tiga perlawanan terakhir mereka berturut-turut.
Dari segi persembahan dan keputusan perlawanan, mungkin lebih kepada Sri Pahang. Tetapi perlu diingatkan, perlawanan ini bakal berlangsung di Likas dan pastinya dihadapan penyokong-penyokong setia Sabah FC.
Jadi untuk semua penyokong Sabah terutamanya, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan semangat dan sokongan kepada pasukan kesayangan anda. Boleh dapatkan tiket masuk secara online di www.tickethotline.com.my atau beli tiket fizikal di perkarangan stadium.
Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Sabah vs Sri Pahang
Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS17 antara Sabah FC dan Sri Pahang FC yang akan berlangsung pada 15 Julai 2023, hari Sabtu, pukul 8.15 malam bertempat di Stadium Likas.
Bagi yang jauh atau tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, jangan risau. Perlawanan ini turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh tonton secara online di Astro Go.
Selain itu, boleh juga live streaming menerusi platform web dan aplikasi Sooka dengan hanya melanggan Pek Liga Malaysia 2023 dengan harga serendah RM7.90 untuk pas satu perlawanan atau secara bulanan berharga RM28.90
15 Julai 2023 (Sabtu)
FT : Sabah (4) - (0) Sri Pahang
- Darren Lok 8', 65'
- Roman Machado 44'
- Stuart Wilkin 69'
Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Likas
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2
Post a Comment