Antara perlawanan yang berlangsung bagi aksi Liga Super 2023 minggu kelima belas kali ini adalah pertemuan antara Selangor FC vs Kuching City FC iaitu pada 3 Julai 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Kali ini masih berada dalam minggu kelima belas. Sebelum ini telah berlangsung dua perlawanan iaitu pada 26 Jun yang lalu. Kemudian berehat sebentar bagi memberi laluan kepada saingan Piala FA 2023 untuk pusingan separuh akhir.
Selangor merupakan antara pasukan yang terlibat dalam saingan tersebut dan perlawanan liga mereka terpaksa dianjak sedikit bagi memberikan ruang kepada pasukan untuk rehat serta membuat persedian untuk aksi Liga Super 2023 pula.
Walaupun tewas, mereka pastinya akan terus pandang kehadapan dan tidak mahu mimpi ngeri mereka tersingkir dalam saingan Piala FA kepada JDT tersebut menghantui dan pastinya mereka tidak mahu persembahan di atas padang juga terjejas.
Pertemuan Selangor dan Kuching City ini merupakan kali kedua yang mana pertamanya adalah pada pusingan pertama Liga Super 2023 pada Februari yang lalu. Perlawanan tersebut berlangsung dalam minggu kedua.
Dalam pertembungan tersebut, Kuching City teruk dibelasah Selangor apabila melepaskan sehingga lima gol tanpa balas. Tambah mengecewakan lagi, mereka tewas besar di halaman sendiri dimana ketika bermain di Stadium Negeri di Kuching, Sarawak.
Dengan persembahan yang kurang meyakinkan oleh Kuching City ini, adakah mereka mampu untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata di Petaling Jaya? Atau Selangor akan terus memberikan tentang sama seperti yang dilakukan di Kuching?
Selangor pastinya tidak akan duduk diam dan memberi peluang kepada pihak lawan. Ditambah pula, kali ini giliran Selangor menjadi tuan rumah. Ini sudah pastinya akan memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah dengan adanya kedatangan penyokong yang memberikan sokongan.
Jadi, penyokong-penyokong Selangor terutamanya, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium pada hari Isnin ini. Anda kini sudah boleh mula dapatkan tiket sama ada menerusi pembelian secara online di www.tickethotline.com.my atau beli tiket fizikal yang dijual di kaunter perkarangan stadium.
Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Selangor vs Kuching City
Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS15 antara Selangor FC dan Kuching City FC yang akan berlangsung pada 3 Julai ini, hari Isnin bertempat di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Perlawanan ini turut akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau secara online di Astro Go. Selain itu, anda juga boleh live streaming di platform web atau aplikasi Sooka dengan hanya melanggan Pek Liga Malaysia 2023.
3 Julai 2023 (Isnin)
FT : Selangor (2) - (1) Kuching City
- Ayron de Valle 26' (P)
- Yohandry Orozco 55'
- Amir Amri Salleh 89'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya Petaling Jaya
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2
Post a Comment