Siaran Langsung Live Streaming Selangor vs Penang Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Selangor vs Penang Liga Super 2023

Perlawanan terakhir untuk hari kedua minggu ketujuh belas bagi aksi saingan Liga Super 2023 adalah mempertemukan pasukan Selangor FC vs Penang FC dimana perlawanan ini akan berlangsung pada 15 Julai 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya.

Ini merupakan perlawanan kelima untuk minggu ini. Semalam telah berlangsung dua perlawanan. Hari ini, Sabtu ada tiga perlawanan dan esok, Ahad akan berlangsung lagi dua perlawanan dan kesemua pasukan terlibat untuk minggu kali ini.

Selain daripada pendahulu liga, JDT, pasti banyak mata yang memandang apabila Selangor beraksi. Sebuah kelab yang mempunyai sejarah tersendiri disamping kumpulan peminat yang besar berkumpul di Lembah Klang.

Pertembungan ini adalah kali ketiga untuk pasukan Selangor dan Penang untuk tahun 2023. Kali pertama dalam saingan Piala Harapan iaitu sebelum saingan Liga Super bermula. Dalam perlawanan tersebut, Penang berjaya menjadi juara selepas menumbangkan Selangor dengan jaringan 2-1.

Manakala kali kedua adalah dalam saingan liga iaitu pada bulan Mac lalu ketika itu berlangsung pada minggu keempat. Kali ini Selangor lebih serius dan peroleh keputusan positi dengan meraih kemenangan terhadap Penang hasil jaringan 2-1 juga.

Walaupun ketika itu bermain di tempat lawan. Tetapi Selangor berjaya atasi kekurangan tersebut berbanding pasukan tuan rumah dan berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit akhir ketika itu. Mereka berpuas hari pulang ke Petaling Jaya dengan 3 mata.

Kali ini tiba giliran Selangor pula akan melayan kunjungan Penang. Ini pastinya akan memberi kelebihan terutamanya apabila menjadi tuan rumah. Penang pula perlu atasi kegerungan daripada penyokong tuan rumah kali ini. Adakah mereka mampu untuk meraih sesuatu?

Walaupun begitu, Selangor baru sahaja menerima kekalahan pada minggu lalu. Ini pastinya akan merencatkan persembahan untuk skuad Merah Kuning apabila berdepan dengan Penang nanti sekiranya mereka tidak berjaya atasinya ketika sesi latihan.

Berbeza dengan Penang yang mana baru sahaja memperoleh kemenangan pada minggu sudah ketika bertemu Kelantan. Momentum kemenangan itu pastinya menjadi tonik tambahan kepada pemain-pemain Penang untuk dibawa ketika bertemu Selangor.

Bagi mengelakkan keputusan yang tidak baik, peminat Selangor perlu hadir ke stadium untuk menyokong dan berikan semangat kepada para pemain. Jadi dapatkan tiket sekarang yang sudah boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my.

Kalau tak pandai nak beli online, jangan risau boleh juga dapatkan tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan. Yang penting datang dan penuhkan stadium pada hari perlawanan.

Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Selangor vs Penang

Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS17 antara Selangor FC dan Penang FC yang mana ianya akan berlangsung pada 15 Julai 2023, hari Sabtu, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, jangang risau. Ini kerana perlawanan ini turut akan dibawakan secara langsung ke kaca tv anda menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM serta secara online digital di RTM Klik.

Selain itu, bagi yang sudah menggunakan aplikasi Sooka, anda juga boleh tonton perlawanan ini secara live streaming di saluran RTM yang disediakan. Tapi jangan risau, anda boleh strim secara percuma tanpa perlu apa-apa langganan.

15 Julai 2023 (Sabtu)

FT : Selangor (3) - (0) Penang

  • Noor Al-Rawabah 29'
  • Richmond Boakye 59'
  • Faisal Halim 78'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya Petaling Jaya
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik | Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post