Seperti yang diumumkan, pada minggu ini akan ada dua perlawanan dari aksi Liga Super 2023 dan antaranya adalah pertemuan Selangor FC vs Sabah FC dimana ianya akan berlangsung pada 23 Julai 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Pada jumaat yang lalu, satu perlawanan liga juga turut diadakan iaitu antara Kuching City dan Kelantan. Sepatutnya perlawanan tersebut dilangsungkan pada minggu keempat belas, terpaksa ditunda dan diadakan pada 21 Julai. Ianya berkesudahan 2-2.
Seperti sedia maklum, pada minggu ini sebenarnya hanya ada perlawanan final Piala FA 2023 dan tiada apa-apa aksi daripada saingan liga. Tapi atas sebab sedikit perubahan jadual, terpaksa juga diadakan dua perlawanan tersebut.
Pertukaran Jadual Bagi Pertemuan Antara Selangor Dan Sabah
Untuk aksi ini, sepatutnya pertemuan kedua-dua pasukan ini berlangsung pada minggu kedua puluh tiga (LS23) nanti iaitu pada bulan Oktober. Tetapi atas sebab-sebab tertentu dan telah pun mendapat persetujuan bersama kedua-dua kelab, ianya diawalkan pada bulan Julai.
Pertembungan Selangor Dan Sabah
Selangor dan Sabah telah bertemu sekali pada musim 2023 kali ini iaitu juga dalam saingan liga. Pertemuan tersebut berlangsung dalam minggu kesepuluh sekitar pada bulan April yang lalu dimana ketika itu Sabah menjadi tuan rumah.
Dalam pertembungan tersebut Sabah berjaya mempertahankan gawang mereka dari terus dibolosi oleh Selangor dan akhirnya memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan tipis 2-1 hasil jaringan Saddil Ramdani dan Baddrol Bakhtiar untuk Sabah. Manakala Faisal Halim untuk Selangor.
Mampukah Selangor Memenangi Perlawanan Ini
Ketika itu, Selangor menjadi pasukan pelawat dan pastinya sedikti sebanyak kelebihan untuk pasukan tuan rumah. Kali ini giliran mereka pula akan menerima kunjungan Sabah dan mereka pula perlu berhadapan dengan penyokong tuan rumah.
Selangor pastinya tidak mahu keciciran seperti yang berlaku dalam dua tigak perlawanan sebelum ini. Jika sekali pun tidak mampu untuk mengejar pendahulu liga, JDT, sekurang-kurangnya untuk kekal di tangga kedua. Peluang lebih cerah untuk ke Asia.
Pembelian Tiket Masuk Stadium
Jadi khusus untuk penyokong-penyokong tuan rumah terutamanya yang berada di lembah klang, jangan lupa untuk datang ke stadium dengan meramaikan penyokong yang boleh bagi memberikan sokongan kepada pasukan anda.
Dapatkan tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau boleh juga dapatkan tiket fizikal yang dijual diperkarangan stadium pada hari perlawanan.
Senarai Kesebelasan Utama Selangor vs Sabah
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk perlawanan ini bagi pasukan Selangor dan Sabah.
Kesebelasan utama pasukan Selangor FC dan Sabah FC malam ini!
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 23, 2023
Sepak mula 9 malam, siaran langsung di Astro Arena Bola (803) dan Astro GO.#LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/LgP9zwFSB2
Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Selangor vs Sabah
Jangan terlepas untuk saksikan perlawanan Liga Super 2023 LS23 antara Selangor FC dan Sabah FC dimana akan berlangsung pada 23 Julai ini, hari Ahad jam 9.00 malam bertempat di Stadium Bandaraya Petaling Jaya.
Bagi yang tidak ke stadium, jangan risau. Perlawanan ini turut disiarkan secara langsung ke kaca tv anda menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.
Untuk yang tidak mempunyai akses astro, anda masih boleh tonton perlawanan ini iaitu secara live streaming di platfrom web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pek Liga Malaysia 2023 bermula dengan harga RM7.90 sahaja.
23 Julai 2023 (Ahad)
FT : Selangor (1) - (0) Sabah
- Ayron de Valle 23'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya Petaling Jaya
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka
Post a Comment