Kini sudah masuk hari terakhir iaitu hari ketiga untuk minggu kelapan belas Liga Super 2023 dan antara perlawanan yang berlangsun adalah pertemuan Sri Pahang FC vs Perak FC iaitu pada 30 Julai 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Darul Makmur di Kuantan.
Semalam kita sudah ketahui keputusan bagi tiga perlawanan yang berlangsung. Kesemua perlawanan berkesudahan dengan kemenangan. Tiga pasukan menang, tiga paskan tewas.
Untuk hari ini, selain pertemuan Sri Pahang dan Perak akan berlangsung juga perlawanan antara pasukan Sabah dan Penang pada belah malam pula.
Pertembungan Sri Pahang vs Perak
Untuk musim 2023, kedua-dua pasukan ini telah pun bertemu sebanyak dua kali. Kali pertama dalam saingan liga pada minggu kelimat (LS5) yang lalu. Kemudian mereka bertemu sekali lagi dalam pusingan awal Piala FA 2023.
Kedua-dua perlawanan diadakan di Ipoh dan kedua-dua perlawanan juga dimenangi oleh pasukan pelawat iaitu Sri Pahang. Dalam saingan liga menang 3-0 dan dalam Piala FA menang tipis 2-1.
Kali ini, Darul Makmur akan menjadi medan penentuan untuk pertemuan kali ketiga untuk menentu pasukan manakah pula yang akan bawa pulan tiga mata atau akan ada perkongsian mata nanti.
Sri Pahang Ingin Bangik Kepada Kekalahan
Sri Pahang telah pun mengalami kekalahan besar pada minggu lalu kepada Sabah. Ianya juga menjadi antara jaringan terbesar yang diterima dalam musim 2023 iaitu sebanyak 4 gol tanpa balas.
Itu pastinya menjadi tamparan hebat kepada anak-anak buah Fandi Othman. Manakan tidak, empat perlawanan sebelumnya, mereka menang kesemuanya. Tiba-tiba sahaja tewas dengan jaringan yang besar.
Pastinya mereka tidak ingin menoleh kebelakang lagi dan sekali gus mencari kemenangan seterusnya bagi mengukuhkan kedudukan berada di kumpulan teratas liga.
Perak Ingin Meneruskan Rentak Kemenangan
Berbeza dengan Perak apabila mereka menang perlawanan sebelum ini ketika berhadapan dengan Kuching City di tempa lawan. Ini pastinya menjadi pemangkin terbaik untuk terus memberikan persembahan terbaik.
Walaupun kedudukan liga mereka jauh berbeza dimana Perak di tangga ke-11 dengan 13 mata dan Sri Pahang di tangga ke-4 dengan 34 mata, tetapi Perak akan terus bagikan persembahan yang lebih baik.
Momentum kemenangan sebelum ini pastinya akan dibawa ke perlawanan menentang Sri Pahang pada hujung minggu ini meskipun sedar ianya sebuah tugasan yang berat.
Pembelian Tiket Masuk Stadium
Jadi untuk penyokong-penyokong Sri Pahang terutamanya yang berada di Kuantan, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan penuh kepada pasukan anda.
Anda kini boleh mula dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau dapatkan tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium.
Senarai Kesebelasan Utama Sri Pahang vs Perak
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk perlawanan ini bagi pasukan Sri Pahang dan Perak.
Kesebelasan utama perlawanan petang ini!
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 30, 2023
Saksikan siaran langsung Sri Pahang FC lwn Perak FC di Astro Arena Bola (803) dan Astro GO jam 5:30 petang ini!#LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/gKfJ8qijUM
Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Sri Pahang vs Perak
Saksikan perlawanan Liga Super 2023 LS18 antara Sri Pahang vs Perak iaitu pada 30 Julai ini, hari Ahad, jam 5.30 petang bertempat di Stadium Darul Makmur.
Perlawanan ini juga boleh disaksikan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga saksikan secara online di Astro Go.
Bagi yang tidak mempunyai akses astro, anda boleh tonton perlawanan ini secara live streaming di platform web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 berharga RM7.90 atau RM28.90 sahaja.
30 Julai 2023 (Ahad)
FT : Sri Pahang (1) - (0) Perak
- Kpah Sherman 55'
Masa : 5.30 Petang
Tempat : Stadium Darul Makmur
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka
Post a Comment