Siaran Langsung Live Streaming Sri Pahang vs Selangor Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Sri Pahang vs Selangor Liga Super 2023

Kini tiba hari terakhir, hari ketiga untuk aksi Liga Super 2023 minggu keenam belas dan antara perlawanan yang terlibat adalah antara Sri Pahang FC vs Selangor FC dimana ianya akan diadakan pada 9 Julai 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Darul Makmur di Kuantan.

Hari ini pastinya tumpuan diberikan lebih kepada perlawanan yang mempertemukan kedua-dua pasukan yang masing-masing mempunyai sejarah tersendiri. Antara kelab yang sentiasa bersaing bagi menjuarai liga setiap tahun masa masa ketika dahulu.

Kini mereka bertemu kembali dan bakal membuat perhituangan sekali lagi. Pertemuan ini adalah yang ketiga untuk musim 2023. Kali pertama mereka bertemu dalam saingan liga pusingan pertama pada bulan Mac yang lalu. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Kemudian mereka bertemu sekali lagi, tetapi untuk saingan Piala FA 2023 dan ketika itu dalam pusingan kedua. Selangor ketika itu, sepertinya tidak bagi peluang apabila menewaskan Sri Pahang sehingga 4-0, sekali gus tersingkit dalam saingan.

Kedua-dua perlawanan tersebut bermain di Petaling Jaya. Sepertinya ada kelebihan untuk pasukan tuan rumah. Selain sudah biasa dengan keadaan padang dan ditambah pula dengan kehadiran penyokong yang memberi sokongan kepada pasukan mereka.

Kini giliran Sri Pahang membuat perhitungan di gelanggang mereka sendiri pula. Selangor akan turun ke Kuantan buat kali pertama untuk musim ini. Adakah mereka mampu untuk berhadapan dengan ribuan penyokong skuad Tok Gajah?

Jika dilihat dalam segi prestasi, kedua-dua pasukan ini tidak jauh beza. Masing-masing telah memenangi perlawanan kedua terakhir mereka. Jika dilihat diatas kertas pun, perlawanan ini sepertinya seimbang untuk kedua-dua pasukan.

Perlawanan ini juga penting untuk kedua-dua pasukan. Selangor pastinya ingin untuk terus kekal di nombor dua liga, sekali gus terus memberikan tekanan kepada pendahulu liga, JDT dan juga ingin melayakkan diri ke Asia.

Sri Pahang yang berada di tangga ketiga, juga tidak ingin keciciran mata ditambah pula bermain di tempat sendiri. Jika Sri Pahang menang, mereka akan berkongsi mata dengan Selangor dan mungkin jaringan gol yang memisahkan kedua-dua pasukan.

Jadi untuk semua penyokong Sri Pahang, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan anda. Pastikan mereka menang. Dapatkan sekarang tiket yang boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my.

Selain itu, boleh juga anda dapatkan tiket fizikal yang dijual di kaunter perkarangan stadium pada hari perlawanan. Yang penting datang bagi menunjukkan sokongan anda.

Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Sri Pahang vs Selangor

Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS16 antara Sri Pahang FC dan Selangor FC yang akan berlangsung pada 9 Julai ini, hari Ahad, pukul 5.15 petang bertempat di Stadium Darul Makmur.

Perlawanan ini turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh tonton secara online di Astro Go. Selain itu, boleh juga live streaming menerusi platform aplikasi Sooka dengan melanggan Pek Liga Malaysia 2023 dengan harga serendah RM7.90 untuk pas satu perlawanan.

9 Julai 2023 (Ahad)

FT : Sri Pahang (1) - (0) Selangor

  • Kevin Ingreso 50'

Masa : 5.15 Petang
Tempat : Stadium Darul Makmur
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post